5/28/11

Tarbiyah ini tiada cutinya

Bismillahirrahmanirrahim :)

Okay okay, semoga tahap keimanan kita yang sememangnya 24h confirm diuji, yang kadang-kala gundah gulana turun ke laut (kadang-kadang terbenam sekejap) , yang kadang-kala laju terbang meninggi ke awan sambil tersengih-sengih menoleh kiri kanan dan melambai-lambai teman di sebelah, apa pun, kau, ye kau yang sedang membaca ni adalah yang terbaik dan sangat hebat, maintain iman, biar menaik, kalau menurun, jangan lama-lama! Orang hebat tak jatuh lama-lama dok :) 

Okay check this out ,

8:24 , fahamkan sekejap.

"Wahai orang-orang yang beriman !"

Kau jawab apa? Eh takkan senyap ja? Tak rasa ayat itu untuk kau? Ke macam ragu-ragu.....lagi?

Yaa Ayyuhallazi Na Aa manuu...Kita lah tuh kan? :) Yakin ! Yakin, yes, yer, haa aku lah orang tu ! Kita akan terus menoleh tanpa ada rasa takut, kita perlu ada rasa 'terpanggil' selaku orang beriman yang berorientasikan akhirat.Kenapa kita belajar ? Sebab Allah. Kenapa kita belajar jauh-jauh? Bagus, sebab Allah kan. Kenapa join daurah ? Haa, tahu pun sebab apa. Pastikan semua benda yang kita buat hari-hari adalah berorientasikan Allah. Jadi bila kita dengar Allah memanggil ni, kita kena terus bangkit bangun, "Yes I'm here". So kita tengok eh dalam ayat atas tadi tu, Allah menyeru kita dengan panggilan supaya kita penuhi seruan Allah dan Rasul, sesuatu yang memberi 'kehidupan' , so penuhkan lah en. 

*kau tulis senang la der, cuba buat*

Itulah ujian ! Basically ayat ini, Allah nak pesan cakap, pada pandangan Dia, sesuatu yang memberi kita 'kehidupan' itu, bukanlah benda-benda dunia, tapi....sila rujuk pada nota dekat bawah quran tu, jangan malas. (ke memang tak buka lagi quran, bertuah betul )

Okay, sambung sambung ,

Sila jawab 3 soalan berikut dengan yakin. Try try :)

1) Siapa aku ? 
2) Ke mana aku selepas ini (nak ke mana arah tuju aku) ?
3) Apa benda sebenarnya aku kena buat atas dunia ni?

Kalau kita tak dapat jawab 3 soalan ni, ada 'something wrong' somewhere. 

Tapi ! Kalau kita clear, insyaAllah eh, kita automatically akan tahu apa benda kita kena buat, apa benda kita kena jauhi, apa itu grey area etc :) Siapa yang Allah nak bagi kebaikan, Allah akan  bagi kefahaman dalam Adden, bukan kebaikan mcm dapat beli kereta besar etc.

Cane eh, faham tak setakat ni? *ceh, padahal diri sendiri pun took quite sometime nak fahamkan bila dengar hari itu, berbelit-belit gak mula-mula, heheh*

Ok meh nak kasi soalan lagi ;

1)Apa kita rasa dengan tarbiyah kita? Mungkin kita mula dapat dan berjinak-jinak dengan tarbiyah sebab kita 'terlanggar', dah masuk perangkap, susah lah en nak keluar *semestinya =) *. Ada yang berkenalan dengan tarbiyah sebab dia sendiri yang mencari. Apa pun method anda bertemu dengan tarbiyah, ingat eh, tarbiyah ini sangat penting, kalau kita tak ada 'feeling', tak rasa mana manisnya tarbiyah ini, bahaya bahaya! Sebab nanti kita takkan, dan tak terasa untuk nak menghargai. Kan?

Seingat saya, kali pertama saya berkenalan dengan 'dunia' yang sangat awesome ini, bilamasa abang pertama saya dengan 'ganas' nya menegur saya,

" Eh kau, ko turunkan tudung ko tu, takyah nak selimpang2, macam org yahudi tau tak?!"

Ok, itu sangat men-calar-kan hati saya, dulu lah. Siapa nak dengar sangat kalau kena tengking kan? :) Darah anak muda yang bersemangat untuk berdakwah, ada taktik yang sepatutnya, haaa nanti kita bercerita lain kali yeh :) Tapi sekarang, saya tersenyum sendiri bila teringat, dan apa yang boleh saya cakap,

Terima kasih abang amir !

2) Apa yang kita nak dapat daripada tarbiyah? Kita penat lelah nak berkenalan dengan tarbiyah semua,tapi kalau kita tak clear apa yang the exact thing kita nak daripada tarbiyah ini, apa point kita join usrah semua??

3) Kita nak kemana dengan tarbiyah ini sebenarnya? Nak bawa pergi shopping dekat outlet ke tarbiyah ini?See, kita sendiri yang memilih, apa yang kita nak sebenarnya daripada tarbiyah. Tapi, apa yang kita dapat selama ini, sejauh mana kita dah amalkan? Kalau dah bertahun-tahun dalam tarbiyah, tapi percentage kenaikan daripada waktu pertama kita 'disapa' lebih kurang sama ja, what's the point?  

4) Kita dah ada tarbiyah, jadi, nak buat apa eh ? Cuba senaraikan daripada 'tools box' tarbiyah kita, apa yang kita dah try buat / aplikasi? Kita kena cari satu alasan yang benar-benar kukuh kuat tegap untuk kita join usrah.

Contoh eh contoh,

Kita belajar masak-masak, kita menuntut ilmu turun-temurun daripada mama, kita refer buku resepi, tambah lagi, google pula mesra.net untuk resepi terhangat, sebab kita nak dapatkan hasil yang paling sedap ! So, macam itu lah usrah, kalau kita tak jumpa satu alasan kukuh untuk kita join usrah, takut nanti di pertengahan jalan, kita akan stop, sebab kita tak berorientasikan dengan apa yang Allah nak.

Awak, cek surah ini, al ghashiah :21-26.

Kalau tengok ayat awal-awal kan, Allah cerita pasal hari kiamat, then pasal keadaan penghuni neraka, then pasal penghuni syurga. Ayat 17, Allah panggil kita untuk tadabbur alam yang superb ini, Allah bagi bukti yang sangat banyak, but still, kita tak beriman. Then, ayat 21, Allah cakap, " Berilah peringatan !" even though akan adanya lahhh orang yang tak nak terima apa yang dibawa.  See, betapa quran ini sendiri dah tunjuk bagaimana Allah nak kita hidup dekat dunia ni.

Saya ada soalan lagi, *banyak betul tanya*

1) Apa maksud usrah? Family? Waktu zaman Rasulullah S.A.W, usrah tu sangat lah‘berjalan’. Kenapa orang lelaki kena solat jumaat? Kenapa seminggu sekali Allah suruh berkumpul? Sebab kan, tiap kali orang lelaki pergi solat jumaat, akan ada bacaan khutbah, jadi waktu inilah waktu terbaik Rasulullah nak sampaikan/berpesan-pesan dekat para sahabat. Lepas itu, mereka akan balik rumah, dan akan menceritakan kepada orang-orang lain. Nampak tak peranan usrah? Bila ayah-ayah balik rumah, mereka akan terus bercerita, jadi insyaAllah eh, setiap minggu, semua orang akan dapat tazkirah.

Kalau kita tengok dekat rumah al arqam bin abi arqam , tempat para sahabat akan berkumpul bila turunnya ayat quran. Dalam cerita The Message, ada lah satu malam ini, para sahabat senyap-senyap menyusup keluar rumah dan berkumpul dekat rumah ni, dorang buat bulatan, dan kemudian datanglah Jaafar bin Abi Talib. Dia pun cerita lah, ayat quran yang turun ialah blablablablaba. So, setiap kali turunnya satu ayat, mereka akan berkumpul dan belajar dan daripada situlah, orang yang dah dengar ini akan berkumpul dekat tempat lain pula, menyampaikan dekat other person. Inilah usrah ! Nak belajar, nak gain something, nak tahu apa suruhan Allah. InsyaAllah eh, Islam akan berkembang :) 

Mus’ab bin Umair, betapa hebatnya dia, pergi madinah dengan Abdullah ibn umm maktum yang seorang buta,  sehelai sepinggang, stay dekat sana , dan sangat amazed eh, dengan usaha daripada dia seorang sahaja dah ramai yang masuk Islam. Banyak lagi contoh sahabat yang superb hebat. Basically, para sahabat, bila dah faham, dah dapat, mereka akan menyampaikan. Jadi apa yang kita boleh perasan en, mind set para sahabat ini, Islam bukan untuk dia sorang ja, tapi mereka sebarkan !

Apa kau merepek panjang berjela ni hazirah? 

Sabar lah kejap, tak habis lagi explain.

Kita join usrah ini bukan sekadar nak mengadu domba pasal masalah peribadi, masalah itu ini, share problems, makan-makan, masak-masak, gelak-gelak. Cuba ingat balik, 1st time dengar ISK, kita belajar yang Islam tu pernah jatuh teruk merosot, jadi bila dah jatuh, KITA adalah orang-orang yang Allah pilih untuk bangunkan Islam balik. Kita lah yang kena selamatkan orang-orang dalam 'rumah islam' ini. Bila kita dah tahu 'rumah' kita terbakar, kita tutup-tutup mata ja? Biar bomba padamkan api, kita tukang tengok? Kalau rumah terbakar hangus, kita hanya dapat sedih, kalau orang dalam rumah berjaya diselamatkan, kita tumpang gembira ho ye ho ye dia selamat? Camtu je?  

Kite kena SEDARKAN mereka, ajak mereka utk bangunkan islam. So clear dah usrah sebab apa? MENAIKKAN Islam tu sendiri.

Kalau kita tengok tangga nak mencapai ke tahap UA,

"wuuh, tak boleh ni kalau aku dok sorang ja yang bertungkus lumus...tabley tabley, kene la bersatu"

Cuba tengok para sahabat, mereka tak fikir macam ni. Rasulullah didik dorang sangat hebat! Contoh, time perang khandaq. Time ini mereka stay dekat Madinah, tak keluar Madinah, tapi gali parit. Satu hari ini, bila tengah gali-gali, tiba-tiba ada satu batu yang sangat besar dan susah nak pecahkan. Sahabat pun mengadu dekat Rasulullah S.A.W. Then, baginda pukul batu itu sebanyak 3 kali, dan keluarlah macam cahaya setiap kali baginda pukul batu dan sungguh, kesemua ketiga percikan tersebut membawa maksud terjatuhnya Rom, Parsi dan Kota Malkukis kepada kuasa Islam.Tengok eh , kat sini, Rasullulah nak mengajar kita yang kita kena memandang ke depan ! Yes, jangan bantutkan pandangan, jangan tutup mata tu, buka luas-luas, pandang jauh sikit ke depan.

Pandang ke depan, kita kena sebarkan Islam. Kita perlu jadi sangat optimis, walau kita rasa banyak masalah peribadi masalah itu ini bagai, walau kita tercampak keseorangan, jangan jadikan alasan untuk katakan "tak, aku tak boleh, benda ni halang aku...." ok :)

Allah nak pesan, berilah peringatan. Kalau fikir-fikir balik, ingat tak masa  mula-mula Rasulullah dapat wahyu ? Baginda tak tahu nak sampaikan apa, baginda pergi jumpa Abu Bakar, cerita semua. Yup, baginda tak tahu nak sampaikan apa, tapi kalau kita? InsyaAllah eh, kita dah belajar sikit demi sedikit, dan makin lama makin banyak kita dapat, tapi kenapa susah nak sampaikan eh? Nak kata, macam kita sebenarnya tak ada alasan nak cakap yang kita tak tahu nak sampaikan apa. Jahiliah bekerja 24 jam non stop, tapi kita?


InsyaAllah , kita baru nak masuk topik sebenarnya, kaedah Sulbah :) Tadi tu intro ja, bagi faham solid, bagi ada semangat sikit XD

Bismillahirrahmanirrahim :)

Apa maksud kaedah? Daripada segi bahasa bermaksud dasar, 'foundation'. Sulbah ialah firm, solid, kukuh. Jadi kaedah sulbah ni ialah dasar yang kukuh dan solid yeh :) Kalau kita arkitek, nak bina plan rumah, kena pastikan foundation rumah sangat kukuh, baru lah nanti rumah gerenti selamat duduk. Nak bina bangunan, mesti ada foundation yang kuat, kukuh. Tak kuat, bagitahu sikit camana nak diri? Thats why, nak bercerita pasal kaedah sulbah ni sebenarnya kita kena ada foundation yang sangat kukuh dalam diri, supaya nanti kurang bebenannya bilamasa nak membina orang selepas kita. Nanti, orang tu dapat bina lagi orang lain. Dapat tak point sini? Nak kata, time usrah, kita jangan main-main, jangan nak dengar tak dengar, yang usrah online tu, jangan sambil dengar sambil menggosok baju lah, pergi dapur masak megi lah, boleh pula sambil layan lagu rock time dengar usrah? Bukan nak kata tak boleh, tapi confirm konsentrasi bukan 100%, caya lah.Sebab en, time usrah ni kita nak learn something, and daripada something yang kita dapat itu lah, yang akan kita gunakan untuk membina the next lucky person dok :)

Cuba kita tengok belakang balik, macam mana Rasulullah bina foundation yang superb hebat dalam masa 13 tahun untuk bina Islam? Ada yang daripada bersembunyi nak pergi usrah, ada yang kena berhijrah jauh hanya sebab nak sebarkan Islam, kita lak? Sama lah kan, Allah hantar belajar jauh-jauh just for fun? No no no. Pergi belajar jauh-jauh sebab nak apa? Beli baju I love New York? 



Jap, sebenarnya en, saya tak tahu lah anda yang membaca ni faham ke tak. Hua hua hua :D Sebab macam berbelit je kali ni menulis. Maaf yeh, tak jumpa ayat yang boleh bagi lagi faham, hihihihi XD

Sikit lagi yeh sikit.

Nak conclude kan, nak kata, insyaAllah en, kita lah yang 'faham' ini kena 'fahamkan' orang lain :) Kita kena tarbiyah oriented, cari jalan macam mana nak "mendarah dagingkan" tarbiyah dalam diri kita. Kita kena dibina dengan sangat hebat, sebab kita kena bersedia untuk membuat foundation yang much much  'kukuh' dan 'superb' selepas kita. Orang-orang kaedah sulbah ini lah yang berperanan nak didik orang lain dok :) Itu ja nak cakap hihihi. Jangan marah.



Ini usrah online masa daurah dulu, us-uk-canada. Ukhti Ummu (UK) as presenter :) Terbaik ! 

p/s: sungguh, post yang memang mengetuk-ngetuk kepala saya sendiri :|

p/s: kalau salah, betulkan lah eh, jzkk !

6 mesej:

fieqa May 28, 2011 at 6:20 PM  

superb la! subhanaAllah!

keep it up ukhti! :)

atiqahmki May 28, 2011 at 9:31 PM  

mashaAllahhh, super duper like! intro yg mmg sgt memberi smgt. hehe.

anyways, pembetulan sikittttt je. mus'ab umair r.a tak gi madinah sorg2, dia pergi dgn abdullah ibn umm maktum. TAPI, wp dia tak gi sorg2, itu taklah menunjukkan dia kurg hebat, tp snanye, lg berattt tggjwb dia. sbb abdullah umm maktum kan buta, so kalau mus'ab tsalah lgkh, musyrikin jumpe, dia btggjwb juga atas nyawa shbt beliau ni..bukan nyawa dia sorg. hebat kan?

^_^

teruskan menulis ye..(dan juga berlari dlm tarbiyyah ;))gaya awk menulis,tataulah kenapa, remind me of cara naqibah awk berkata2. :)

salam perkenalan, dari org canada. :)

pedangmerah May 29, 2011 at 1:37 AM  

fieqa : jzkk sis :)

atiqah : Salam ukhwah atiqah ! :) wahh teruja dpt berkenalan dgn orang canada ;) jzkk sis sbb betulkan, wahhh hebat betul umair dok. Sentuhan Rasulullah S.A.W, superb hebat :)

InsyaAllah, akan terus menulis selagi bernafas, dengan izin Dia :) Atiqah kenal kah naqibah sy? Sbb atiqah cakap gaya sy tulis remind you of cara naqibah sy berkata2? =)

inn May 29, 2011 at 5:16 AM  

zerotte!
awesome wey ^^
nak pinjam share dekat fb ehh?
keep it up!

pedangmerah May 29, 2011 at 2:02 PM  

inn : ya Allah, ni suma aku conclude balik apa yg aku dpt time daurah, terfikir untuk menulis, semua Allah kasi ilham dok :)

NorIzzati May 29, 2011 at 6:31 PM  

terbaekk lahh .. ^^

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP