6/23/11

istikharah cinta

                                   بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Apa khabar ? Minggu ni apa khabar? Hati apa khabar ? Iman apa khabar? Nafsu pula apa khabar? Minggu ni dah cukup berhempas pulas ? Waahhh semangat berkobar-kobar yeh nampaknya awak, bagus, doa kuat-kuat supaya 'perasaan' ni tidak luntur dek masa,insyaAllah!

Hihi, hihi, hihihihi.

Okay okay kita straight to the point lah kali ini, kita cakap pasal dzatiyah dakwiyah. Ini sempena daurah weekend haritu, khas daripada kakak sorang ni ;)

Dzatiyah : diri
Dakwiyah : dakwah

Kepentingan tarbiyah, insyaAllah kita semua faham dan yakin bahawa tarbiyah itu adalah salah satu cara untuk kita nak mencapai UA, dan dan dan nak buat tarbiyah ni ada banyak wasilahnya, macam usrah, pergi program, daurah, mukhayyam, jaulah etc. Setiap satu aktiviti ini akan ada objektif dia tersendiri untuk nak capai 10 muwassofat tarbiyah. Contoh, macam kalau mukhayyam (perkhemahan), kita boleh 'berus' mental dan fizikal ni haa supaya jadi orang yang cekap urus diri, masa etc, tak boleh lembik-lembik, jentik sikit terus tumbang, tak mahu la camtu kan ;)

Eh lupa nak pesan, ni daurah tajuk more focus untuk kami-kami yang nak balik Malaysia, insyaAllah, kira macam pesan daripada kakak yang dah balik semula ke US.

Kalau dekat US, kita dapat peluang untuk join program sama-sama dengan akhwat tersayang, dan peluang untuk nak join tu sangat besar, sebab 'halangan' agak kurang berbanding bila dah balik ke Malaysia. Cuma terserah dekat diri sendiri, nak pergi atau tak, nak mencari atau tak, kan?

Kalau dekat Malaysia pula, sekurang-kurangnya ada antara kita akan berdepan dengan situasi yang berpontesi nak membantutkan momentum kita, ye memang akan ada! Seperti apa? Haa fikir sendiri. Kalau dalam dakwah ini, kita tengok kalau kat US kan, momentum insyaAllah  adalah satu benda yang sentiasa bergerak, sebab kita ada usrah lokaliti, usrah online bagi yang duduk tercampak jauh, ada kuliah online, kita kena bersyukur eh, sebab satu advantage duduk US, internet memang laju, ok lah lajunya dok =)

Kalua dalam situasi dakwah, momentum dia takkan berubah kalau tak ada daya penolak. Faham en? Jadi cuba kita revised balik, fikir sekejap, apa benda yang sebenarnya yang jadi momentum dakwah kita? Apa yang menolak-nolak kita untuk bergerak? Apa yang buat kita terus kekal dengan dakwah + tarbiyah ini? Adakah momentum itu akan sama bila kita dah jejak kaki dekat Malaysia, tempat yang sah sah berbeza dari US? Kita fikir ke depan lagi, apa momentum yang sentiasa tak pernah bosan nak push diri kita walaupun dah kahwin nanti?


OK eh,

Kita yang akan balik Malaysia, akan berhadapan dengan keluarga ! Tipu lah kau, kalau kau kata family kau akan senang-senang ja bagi kau keluar rumah, walaupun dah berapa tahun tak balik Malaysia, en en en? Ada family yang akan bagi, tapi mesti kena soal siasat dulu dok? I know i know i know. Parents saya pun, eh sebenarnya tak bagitahu pun lagi parents, tapi baru bagitahu abang, dia pun dah kata


" takpayah lah nak kuar2 ni, dok je rumah, kau kan jarang balik"

Cliche tak cliche? Tapi itu lah realiti.

Tapi kita kena bijak curi peluang, sebab bak kata kakak ini, dekat Malaysia memang superb banyak program tarbiyah, cuma up to us nak pergi atau tak. Kalau kita tak pandai nak ambil peluang tu, memang rugi. Dzatiyyah Dakwiyah ni, tak ada orang lain yang nak push kita untuk arah-arah kan kita pergi itu ini. Kalau naqibah 'tertinggal' dekat US camana? Hari-hari nak call naqibah tanya apa benda nak buat seterusnya apa itu apa ini nak pergi mana lak lepas ni? Tak lah kan, kena pandai berdikari 'mencari'. Bukan 24h nak bergantung dengan naqibah. Point sini ialah, dzatiyyah dakwiyah, kita sendiri yang make effort untuk pergi usrah , macam usrah kabilah ka, pergi program apa-apa ja lah.

Situasinya macam bila kita dah kembali ke 'comfort zone' kita. Tapi kita nak ada momentum untuk bangkit, tak ada lah lenggang kangkung balik Malaysia goyang-goyang kaki hu ha hu ha habuk pun tak ada. Adakah kita akan terus berjalan atau ter stop terus? Kita perlu tolak diri kita bila tak ada orang yang nak menolak ! 

Nak kata dzatiyyah dakwiyah ni is about kita kekalkan dan terus menaikkan momentum supaya tak berhenti dekat satu point, yeh ;)

Untuk yang bakal berdepan dengan family restriction, kita perlu kreatif, dan jangan sampai kekreatifan kita tu, kita menipu parents pula eh, tu dah salah tu, haaa kita kena 'pandai-pandai' lah eh =) Hihihi.



Teringat ayah saya yang memang tak bagi balik Malaysia selagi tak 2 tahun dekat US,

" Berape lame nanti dekat mesia eh?"
" oh 7 minggu je, nnt 24hb ogos balik la..."
"ooo, lame jugak tu ade kat mesia, ok la tu kan..tak yah la nak balik lame2 berbulan2, nanti ape pun takde bile dok umah, melantak tdo je, tengok blablablabla...kiirenye tak sempat raye kan...takpe, dah biase kan.Sempat puase kan, haa ok la tu...."

Nasib baik saya bukan anak yang manja *weeeee wahhhh ;P* kalau tak, menangis dengar respond ayah macam ini. I know ayah, ayah nak anak dia jadi kuat, tabah, pandai berdikari, tak manja..hehe..yaa yaa , walau apa pun, i know i know, ayah memang tak sabar nak tunggu anak dia  balik =) insyaAllah ! 


Ok, kita yang insyaAllah akan balik Malaysia, dan yang dah balik, semoga kita hebat menyusun tarbiyah kita, walaupun akan ada kekangan, jangan sampai kita berdiam diri dekat Malaysia, nanti susah nak dapat mood berkobar-kobar ini balik, cayalah. Balik sebentar ke Malaysia bukanlah sebagai tempat 'berehat', tapi sebagai tempat mengumpul, mengaut segala ilmu yang ada.




;)
Kena bertahan, lagi berapa hari nak balik, kena lepas 3 exams next week dulu, haha padan muka kau hazirah. All the best dekat diri sendiri, berusaha !!!!!!!!!!!!! *jerit dekat diri sendiri*


Eh, dengar lah lagu ni, *ok mungkin agak ketinggalan sebab baru tahu lagu ni*





   

2 mesej:

semut June 24, 2011 at 9:56 PM  

akk stalk awak
hiihi

hnshzk August 27, 2011 at 12:50 PM  

Salam Kak Hazirah,mintak izin link kn blog akk ye :)

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP