Ada orang jeles !
Ok.Bismillah Alhamdulillah. Ramadhan makin sikit, harapnya amal makin banyak (?) Speed up speed up !
Kita start terus lah eh, cuba kita bayangkan, berapa percentage nak dibandingkan size kita manusia ni dengan size bumi ? Kecil ? Tak, dia tak kecil, tapi tettttttttttttt kecil. Cuba bandingkan bumi dengan matahari? Cuba bandingkan matahari dengan galaksi? Tapi sekecil mana pun en, Allah ada cakap [ 2:152] , jangan risau, Aku akan ingat kau, kaaalau kau ingat aku. Pehh, punyalah kasihnya Allah tu, kita yang ‘kita kita’ ni pun Allah akan ingat !
Dah dah, jangan nak sedih kena tinggal boyfren gelifren lepastu claim dia dilupakan, masa berkasih-kasih setiap 30 saat text tanya tengah buat apa,kalau bergayut berjam-jam bila dah end call seminit lepastu text kata rindu buat smiley :( atau :’( *menyampah* Bila dah clash, macam kacang lupakan kulit (iyeke?), lepastu kecewa lepastu cakap pengorbanan cinta sia-sia lah itu la ini lah.
Ok ni saja nak tegur tegur sikit, hoh.
Ok kali ini saya nak serius, serius.Saya nak conclude balik daurah 01 di Wamy. Tak complete, mana yang dapat disalin ja.
Orait, bak kata akhi amir syahir amir hamzah,
Nikmat apa yang sebenarnya kita dapat atas dunia ni? Banyak? Tak terbilang kan? Sama juga tak terbilangnya ucapan syukur kita jugak dok? Ke tak? Ouch.
Islam, iman, ukhwah. 3 benda ini. 3 nikmat ni Allah telah berikan kepada generasi awal islam.
Tengok atas, yang color biru tu, ialah generasi paling baik ! Siapa? Haa masa itulah masa Rasulullah S.A.W dilahirkan di bumi. Nak kata, masa zaman ini, mereka sangat dekat dengan Allah, bila buat sesuatu ja, Allah akan dengar, Allah akan terus hukum (kalau buat salah). Macam cerita Tsalabah, yang mengadu pasal mahar. Haa google google :) *Eh ni macam selingan info, siapa generasi awal islam, nak jelas kalau tengok color-color atas ni*
Ok sambung.
Tapi generasi sekarang , kita lah kan, jarang sangat nak dapat rasa nikmat tu, lagi-lagi nikmat ukhwah ! Jarang kan? Tak terasa ka, bila kita bergelumang dalam ‘happy circle’, kita dapat rasa satu benda aneh, en? Ukhwah yang kita tak dapat nak cari dekat tempat lain, tak ada ! Tapi ada satu macam perasaan unik dan pelik menyelinap dalam aliran darah, yang kita mudah rasa mesra, mudah rasa nak berkongsi, mudah nak rapat, walaupun tak pernah tengok muka, tak kenal pun :)
Jadi atas alasan ini lah, IHAB wujudkan ikhwanul muslimin ; usrah.
Ingat lagi hadith ‘super saiya’? Basically, hadith ni nak cerita yang betapa besarnya ganjaran kita yang berkasih-sayang sesama muslim hanya kerana Allah !Revise balik hadith ni. Kalau kita baca maksud hadith ni, nak kata, sampaikan betapa jeles nya para nabi dan para syuhada dekat kita ! Bayangkan eh, para nabi, para syuhada, yang dah terang-terangan mereka lebih banyak diuji, lebih banyak berkorban, lebih banyak bersusah payah, yang lebih teruk dipukul disiksa, ditipu, dan kedudukan mereka lagi hebat lagi mulia jika nak dibandingkan dengan kita manusia yang nak kata, ‘biasa-biasa’, tapi mereka masih ada rasa cemburu dengan kita !
Nak kata lagi, kalau nak dibandingkan kita pada zaman sekarang ini, kecil dan simpleeee sangat pengorbanan yang kita buat, kan?
Itu ja nak cakap, supaya kita semua sedar, sebenarnya, kita ada peluang nak rebut pahala yang sangat mahal tu, ukhwah !
Ini hanya mukaddimah. Wallahualam.
1 mesej:
alhamdulillah. pengolahan yang santai, namun berkesan di jiwa. teruskan.
semoga terus sebarkan berita-berita palestin dan info berkaitan. dapati sangat-sangat-sangat berguna.
Renungan ramadhan:
Kenapa Allah hadiahkan lailatul qadr untuk kita?
Untuk umat yang umurnya hanyalah sehingga 60-70..(lupe hadisnyer, google-google)
Kerna, andai kita terjumpa malam itu, sungguh. Percayalah amalan kita kan menampung amalan-amalan hebat umat terdahulu sebelum Muhammad saw.
Maka, ayuh kita semarakkan semangat sepuluh terakhir ini.
Sekadar perkongsian. Syukran.
Post a Comment