10/12/11

MUKTAMAR KITA, LAS VEGAS



(click to enlarge)


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Setinggi tinggi penghargaan dan kesyukuran dipanjatkan kepada Allah tuhan semesta alam. Selawat dan salam kepada rasul junjungan Muhammad s.a.w.

InsyaAllah pada tahun ini, muktamar MISG-IMSA akan diadakan di  Alexis Park Resort Hotel, Las Vegas Nevada pada 23-27 Disember 2011.

Pemilihan lokasi untuk acara kita pada tahun ini telah dibuat berdasarkan survey yang telah disebarkan kepada penuntut muslim Malaysia di tanah Amerika ini yang mana majoriti telah memilih untuk bermuktamar di kawasan 'west coast'. Pihak IMSA yang semenjak dahulu lagi sudah menjadi rakan seperjuangan MISG pula mempunyai ramai ahli di kawasan Las Vegas maka untuk memudahkan pengurusan teknikal, kita semua bersetuju untuk ia diteruskan di sana.
Sudah menjadi kebiasaan juga bagi kita ahli MISG untuk biasanya berkonvoi bersama-sama ke lokasi-lokasi program dan kali ini juga tidak terkecuali. Saya mencadangkan untuk mengoptimakan kos dan tenaga pemandu, perjalanan dari tempat anda dirancang bersama-sama dengan Ketua Region dan rakan universiti lain di wilayah masing-masing. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai senarai Ketua Region ini sila layari http://misgonline.com/

Muktamar selalunya dibuat di kawasan yang sesuai dengan suhu yang tidak terlalu sejuk, mempunyai tenaga kerja lokal yang cukup untuk merancang dan melaksanakan hal-hal teknikal muktamar dan kemudahan peserta untuk hadir juga dipertimbangkan. Kali ini, kita juga mempertimbangkan peserta dari wilayah 'west coast' yang selama ini hanya mampu melihat dan mendoakan kita  kerana kita berprogram di tempat yang jauh dari mereka. Maka pada tahun ini, kita sama-sama meraikan mereka di sana dan mudah-mudahan ukhuwah antara pelajar di seluruh bumi Amerika yang sangat luas ini dapat dipupuk di Muktamar 2011 nanti.

Ini juga adalah peluang kepada pelajar yang selama ini mencari alasan untuk bermusafir ke 'west coast' untuk menjadikan cuti musim sejuk tahun ini dijadikan cuti melawat 'west coast'. Walaubagaimanapun sangatlah diharapkan agar peserta pada tahun ini komited terhadap program yang disediakan di muktamar, bukan menjadikan ia sekadar tempat menumpang teduh tidur dan makan kemudian anda bersiar-siar pula ketika program sedang berlansung. Usai muktamar nanti silakanlah meneruskan tadabur alam anda ya.

Bagi pelajar muslim yang risaukan tentang kredibiliti 'Las Vegas' yang menggerunkan selaku tempat maksiat (ia adalah kerisauan yang sangat bagus), saya berharap kerisauan anda itu dapat dikurangkan. Pertamanya hotel yang telah kita tempah adalah hotel yang bukan tempat perjudian (anda boleh rujuk di sini http://www.alexispark.com/). Menurut sahabat-IMSA di sana, Islam di Las Vegas juga sedang berkembang dengan rancak. Terdapat 6 masjid di sekitar Las Vegas (antaranya anda boleh rujuk di sini http://www.iiclasvegas.com/) dan menurut Encyclopedia Nevada, populasi muslim di LV sudah mencecah puluh ribu orang (http://onlinenevada.org/islam_in_nevada). Walaubagaimanapun, marilah kita sama-sama berusaha untuk menjaga diri kita dari melakukan maksiat, menjaga pandangan kita, tingkah laku kita walau di mana sahaja kita berada.

Gerak kerja berkenaan muktamar sedang giat dilaksanakan oleh ahli-ahli jawatankuasa muktamar 2011. Sekiranya anda ingin turut terlibat membantu menjayakan acara ini, kami mengalu-alukan sumbangan anda tidak kira dari segi cadangan, tenaga, masa mahupun kewangan dan kami ucapkan jutaan terima kasih. Semoga ia menjadi saham yang memberatkan timbangan amal soleh anda di Mahsyar nanti.
Mudah-mudahan perancangan dan usaha yang dilakukan oleh MISG untuk muktamar pada tahun ini diberkati dan dirahmati Allah, dan menjadi peluang dan lembaran baru untuk kita semua belajar dan mendalami Islam dengan lebih baik dalam usaha memartabatkan Islam dalam diri, persekitaran, negara dan dunia ini.
wassalam


----
bp,
Presiden
Malaysian Islamic Study Group(MISG) 2011


InsyaAllah, pertolongan anda amat dihargai, idea, pandangan, pemikiran (macam sama ja semua?) ,promote muktamar kita, nak datang pun sangat dialu-alukan ! :) Kalau ada ingin menyumbang dana, inshaAllah, boleh paypal kan kepada :       tabung.misg@gmail.com ( Basyirah Mohd Khairi)


p/s: janga lupa tulis nota untuk sumbangan :)
p/s: kalau tak ada paypal, takpa, inform dulu, nanti kita tengok macam mana nak buat ye :)




Doakan program kita berjaya, insyaAllah ! 




nantikan video daripada kami pihak MISG ;)




Boleh mendaftar di sini  ( sila click di bawah) !!! :)


MUKTAMAR LV '11

1 mesej:

Nurul Izza October 20, 2011 at 11:10 PM  

assalamualaikum hazirah

suke ahh bc monolog zirah

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP