Kita memang pelupa
Kali ini mood kita sepoi-sepoi angin berehat.
Perjalanan balik daripada San Francisco ke Las Vegas, cantik, subhanAllah ! Macam dekat negara arab la pula bila tengok. Dia en, nampak macam ala-ala padang pasir, tapi tak sebenarnya. Kalau masa on the way to SF tu, bukit-bukit dia, memang cantikkkkkkkkkkkkkkk sangat ! Ada sekali ni kalau perasan, bukit belah kiri macam landai ja surface dia, tapi bukit belah kanan, tajam-tajam surface dia, hebat kan Dia? Tenang ja hati tengok :) *senyap ja ahli kereta, semua tidur, dengan co-driver sekali pun hanyut :)*
Nak kata, Allah dah sebut dah pun dalam buku manual kita tu, yang tak ada pun, tak ada satu pun yang Dia jadikan semuaaaaaaa benda atas dunia ni, melainkan untuk kita sendiri ! Kita tengok eh, segala bagai tanah rumput batu logam besi plastik, bukan untuk siapa pun dah lagi, tapi untuk kita dok? Dengan adanya tanah, kita dengan suka hati girangnya menanam pokok bagai yang akhirnya wujudlah pokok kangkung sedap dimasak kangkung tumis lantas dengan itu manusia semakin rajin menanam lalu berkeinginan untuk menanam pokok mangga supaya dapat dimakan setiap hari, oleh yang demikian dengan adanya sayur-sayuran buah-buahan nasi, dapatlah kita gunakan lebihan makanan untuk diberi makan ayam yang kemudiannya kita sembelih untuk dimasak ayam masak merah pedas. Apa lagi? Sambungan itu, bukan sejenis dua ja tanaman kita tanam, kalau tengok dekat Cameron Highland depa dengan gelak ketawa menanam pelbagai jenis teh yang akhirnya kita pula membeli lantaran itu membuat air teh panas mahupun sejuk untuk diminum dengan bergaya sekali. Lagi nak sambung, dengan adanya logam besi, dapatlah kita naik kereta nak pergi program, dengan adanya plastik, dapatlah kita bawa bekal letak dalam tupperware, dengan adanya apa lagi cakap cakap ? Eh, tak bersyukur nya lah kita ni kan ? Perasan tak benda ini semua macam ada rantaian, daripada yang ini pergi ke yang itu, daripada yang itu jadilah pula yang sekian sekian, daripada sekian sekian wujudlah yang demikian pula. Apa-apa pun, kita ini, Allah dah bagi akal dah pun, jadi gunakanlah semaksima yang mungkin, untuk lihat balik, sebenarnya apa nikmat yang selama ini kita tak sedar pun, dalam diam kita tak perasan benda tu.
*tengok dah membebel*
Kalau nak kira, sampai bila pun tak sudah nak kira nikmat yang Allah bagi, try la try ! Tapi ingat eh, Allah dah lah dah bagi superb hebat perfect semua nikmat dekat kita, tapi Dia nak satu ja, jalankan tugas kita atas muka bumi ini. Dia tak nak pun benda lain, tak nak pun pulangan daripada kita yang hina ini, TAK HEEEENGGENNNNN pun. Tapi satu tu ja yang kita kena buat, ingat apa tujuan hidup kita. Itu ja !
Sebenarnya kita tak boleh pun nak lari daripada tugas ini.
Banyak kali dah cakap pasal tujuan hidup ini, tapi tak apa lah, sebab kita memang selalu lupa. Itu pasal hari-hari kita kena tampal dalam kepala otak kita, "eh kau ni hidup bersebab, jangan lupa hihihi"
Ada kawan saya cerita, satu hari ini dia terserempak dengan kawan lagi satu, nak tahu apa jadi?
X-"kau tahu tak, aku tadi terserempak dengan dia, bila aku pandang muka dia, terus aku teringat tujuan hidup"
Hazirah- " ...........wuh !"
Banyak kali dah cakap pasal tujuan hidup ini, tapi tak apa lah, sebab kita memang selalu lupa. Itu pasal hari-hari kita kena tampal dalam kepala otak kita, "eh kau ni hidup bersebab, jangan lupa hihihi"
Ada kawan saya cerita, satu hari ini dia terserempak dengan kawan lagi satu, nak tahu apa jadi?
X-"kau tahu tak, aku tadi terserempak dengan dia, bila aku pandang muka dia, terus aku teringat tujuan hidup"
Hazirah- " ...........wuh !"
2 mesej:
Haish, if im still ur co-driver on that time, must be im the one who will entertain u thru out the journey w/o sleeping. hehe
-the best co-driver ever-
*sambil type penuh merendah diri*
:D
suke!!
n suke jgk lgu kt video 1st tu.hehehehhhh :D
Post a Comment