1/21/12

tujuan hidup, lagi


Bismillahirrahmanirrohim.

Alhamdulillah, Dia masih sudi pinjamkan nyawa ke kita dok, masih sudi nak bagi peluang ke kita nak bertaubat dok, masih sudi lagi nak bagi chance ke kita beribadah sebanyak yang possible dok, bagi peluang ke kita untuk keep on refreshing kita punya TH (baca : tujuan hidup) supaya tak digress dok, dan berjuta juta lagi sebab patut kita cakap, "Alhamdulillah !"

Isnin lepas, pemergian mak uda tersayang saya, Prof Madya Dr. Ruzanna Zamzam,44, pulang menemui Allah , tempat kita sepatutnya kembali satu hari nanti, dan itu superb komfem akan tiba, cuma masa memang rahsia !

Nak cerita kan, saya yang berada di Buffalo ini pun rasa teramat sedih, bila mengenangkan situasi yang dihadapi oleh ahli keluarga, saudara mara etc. Masa skype dengan ahli keluarga, adalah mereka cerita sedikit sebanyak apa terjadi masa hari tersebut. Huuu, berat rasanya nak menulis :|


Ambil pengajaran, ambil iktibar,  ya, 


Mak uda saya mengidap kanser ovari , dan baru lebih kurang setahun disahkan ada penyakit tersebut, dan masa detect tu, dah level tinggi :( Saya tidaklah tahu dengan lanjut apa yang terjadi sepanjang setahun sebelum arwah 'dijemput pulang', tapi apa yang saya nak cerita ni, buat saya sendiri rasa, 

"Dengan segala bagai masalah di dunia ni yang sangatlah kecil dan remeh temeh dan tidak patut bagi kita manusia untuk nak terlampau over rasa 'terganggu', rasa 'down', rasa 'wah tiada lagi dunia untuk aku', rasa 'inilah penghujung karier aku', rasa ' there's no way out' etc, sebab nak dibandingkan masalah dunia ni, rasa tersangatlah infiniti kecilnya bila nak dibandingkan saat-saat kita berdepan dengan sakaratul maut , cukup ke amalan kita dah buat selama ini, sedekah kita doa-doa kita ibadah kita diterima ke tak........................."


Tak silap saya, ahad pagi, mak uda saya sudah tidak tahan untuk menanggung sakitnya kanser tu, sehinggakan mak uda saya membuat keputusan untuk meminta doktor memasukkan morfin supaya dia tertidur (koma) daripada menanggung kesakitan. Siapa sangka? Mak Uda terpaksa memilih, untuk terus menahan sakit dalam sedar, atau memilih untuk 'tidur' selama-lamanya ! Mak Uda saya sendiri yang tanda tangan surat dengan doktor, untuk membenarkan morfin dimasukkan pada kadar tertinggi, iaitu 6 (saya tak tahu level-level morfin ni macam mana, sebab saya bukan doktor). Doktor sendiri juga bersetuju untuk tidak menanggung apa-apa side effect yang memang akan ada bila morfin dimasukkan pada tahap tertinggi. Sehinggakan satu tahap selepas morfin dimasukkan pada tahap tinggi, pak cek saya yang juga seorang doktor mengatakan yang seakan-akan 'roh' mak uda saya sudah pergi, cuma denyutan nadi tersebut adalah efek daripada morfin yang dimasukkan, dan mereka hanya dapat menunggu morfin tersebut habis. Dan ya, ketika itu ubat sudah habis, memang disahkan meninggal dunia.


Kawan-kawan,


Bayangkan, kita berdepan dengan satu masa, di mana kita perlu memilih untuk terus sakit, atau memilih untuk 'ditidurkan' yang mana kita sendiri tidak tahu berapa lama kita akan dalam koma, berapa lama akan kita 'dapat bertahan' dalam 'tidur' tersebut, adakah saat-saat terakhir sebelum kita 'ditidurkan oleh ubat' merupakan saat terakhir juga kita dapat melihat muka-muka ahli keluarga, saudara mara, kawan-kawan, dan saat terakhir juga kita dapat meminta maaf atas segala salah silap kita sesama manusia ?



Kawan-kawan,

Bayangkan kita sendiri yang merasai, tak terfikirkah kita,

"Aku akan berada dalam keadaan koma selepas ini, dan segala amalan ku, ibadahku, doaku, sedekah ku dan lain-lain yang akan menentukan kehidupan ku yang baru selepas ini, tiada lagi dunia , ya, aku akan berganjak ke 'dunia yang baru', yang kekal selama-lamanya !"


Eh, tak terasa ke? Tak terasa ke, dunia ni sangatlah pendek? Dan saat-saat kematian itu menjemput, on that moment, tak terasa cuak ke? Tak terasa takut ke kalau-kalau segala amal ibadah etc kita selama kita di dunia diterima ke tak, valid ke tak, ikhlas ke tak kita buat sebab Allah etc etc etc.


Bukan apa, selagi ada masa berbaki, selagi dipinjamkan kebolehan untuk bernafaskan oksigen, apa kata, benda paling basic perlu kita CLEAR kan daripada SEKARANG, ialah TUJUAN HIDUP KITA ! Tak kisahlah kalau korang bosan ke tak bila nampak perkataan 'TUJUAN HIDUP' ni, tapi benda inilah yang meng-gps-kan kita ! Once dah clear tujuan hidup, saya rasa kita semua tak ada masa dah nak ;


-bersuka ria/membuat sesuatu TANPA ada tujuan yang jelas dan kukuh pada sisi Islam.

Saya agak hairan dengan segelintir manusia, maaf saya tulis di sini kalau ada yang terasa, sebab selalu saya dengar,

"aku bosan la...cuti panjang tak tahu nak buat apa..."

InshaAllah eh, ini untuk teguran ke diri saya pertamanya, bagi saya, kalau kita sendiri jelas dengan apa TUJUAN HIDUP kita ni, takkan ada/takkan wujud dialog seperti di atas !


Maaf lah, saya sedih, bila kita jarang-jarang ingat tujuan hidup kita, kita tend to focus more  on something yang kadang-kadang tak menyumbang langsung kepada 'dunia' lagi satu selepas ini.


Saya tidak katakan, kita tak boleh buat itu ini, tidak sama sekali. Tapi saya mengingatkan diri saya, dan anda, buatlah apa pun, ya , buatlah apa pun, selagi mana benda yang kita buat itu memang bertepatan dengan tujuan hidup kita (p/s: tapi janganlah sampai niat tidak menghalalkan cara!).



Jom lah kita selak  manual balik, ada 2 ayat penting untuk kita HAFAL,

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku" [51:56]

dan ada lagi satu ayat penting, yang ramai orang terlepas pandang,

" Dan ingatlah ketika Tuhan-mu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di bumi." Mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?" Dia Berfiman, " Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui," [2:30]


Wallahualam.

----------------

Mak uda dan Pak Uda. Semoga Pak Uda kuat !!!!!!


3 mesej:

Anonymous January 21, 2012 at 11:23 PM  

rasa nak terbanng dr minne ke sunny skrg juga, wanna hug u.but I know Allah always be with u, the Best Supporter. Kuat hazirah.

Anonymous January 22, 2012 at 11:21 PM  

Diharapkan anda dan keluarga tabah menghadapi kehilangan orang tersayang!

Jzkk kerana mengingatkan saya tentang hakikat kematian. Tercucuk-cucuk hati dan otakku membaca post ini. Memang, saya antara orang yang paling mudah lupa akan kematian, paling mudah tertipu dengan keseronokan dunia.

TT__TT

Tabah Hazirah!

-support team from Pitt-

Anonymous January 23, 2012 at 3:28 AM  

kematian memang sebaik2 peringatan kan?

salam takziah untuk anti dan keluarga semuanya. semoga terus tabah menjalani kehidupan kita yang kita tidak tahu penghujungnya

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP