Horizon Dakwah
Assalammualaikum WBT ! (sambil mengangkat tangan ala- ala hormat)
Post kali ini memang bercampur-campur point saya, agak berterabur
Kenal Hazirah Nurathirah tak? Dia kembar saya , tapi muka tak sama.
Heh,
Tak.
Dia adik saya , baru masuk form 1. Sekolah Agama Shams, dekat Seremban, depan TKC tu. Hmm, post ini bukan apa, cuma apa yang nak ditulis ini, memang 'menegur' diri saya sendiri , dan buat saya sendiri rasa MALUUUU BESAR dengan athirah -_-
Saya sangat bersyukur, sangat sangat bersyukur, apabila tarbiyah di dalam keluargaku bermula bila abang saya yang pertama join usrah ketika di Australia dulu. Dekat situ, dia di'sentuh'. Dia dilamar oleh kakak iparku, Kak Khadijah ,ketika abangku masih melanjutkan master di Aussie, dan Abang Amir masih belum lagi join usrah masa itu pun! Dan kakak ipar saya merupakan , personally bagi saya, sangat hebat, sangat laju dalam DnT, dan daripada situ, kakak iparku yang banyak bagi semangat, dan tolong 'melajukan' lagi abangku, dan alhamdulillah, alhamdulillah alhamdulillah , bagi saya , Abang Amir banyak bagi inspirasi untuk saya berubah !
*Walaupun cara dia tegur saya masa muda-muda dulu, pehhhhh menusuk hati parahnyeeeee...tapi takpa la, benda baik, last last baru saya faham =)*
-------------------------------------------
Konklusi # 1 : Ni personally bagi saya la, jangan pernah bangkang 100% kalau orang yang bergelumang dalam DnT ingin memilih orang 'biasa' untuk ber-BM. Sebab siapa tahu, boleh jadi keluarga itu meningkat dan muncul as salah satu keluarga yang melibatkan diri dalam menaikkan islam tu, siapa tahu kan? (TAPI KENA KUAT LAH KANNNN nak menjadi ejen perubahan ! )
-------------------------------------------
Kembali pasal athirah tadi, haa, betapa saya rasa superb malu punya malu punya maluuuuu tebal muka dengan athirah ini. Huu rasa berterima kasih dekat Abang Amir dengan Kak Dijah, sebab bagi saya, depa berdualah yang menggerakkan 'sesuatu' dekat rumah kami. Sejak Bamer kahwin ja, saya boleh tengok, banyak perubahan dekat rumah itu. Efek paling ketara ialah dekat Athirah sendiri. Dia kan kecil lagi dulu, senang serap semua benda yang dia nampak, yang dia belajar, yang dia terima, jadi memang perfect time lah nak brain wash Athirah ini !
Banyak kali juga, cara dia bercakap, buat saya macam " eh, tahu pula dia ni pasal etc etc etc"
Kadang-kadang kalau chat dengan athirah, dia pula duduk sibuk nasihat ke saya, bawa bersabar lah, jangan tinggal solat lah, jangan itu jangan ini, etc etc.Dia siap membebel lagi pasal syria, sedangkan masa itu saya sendiri tak tahu apa pun terjadi dekat Syria. Dia dok promote program lah itu la ini la. Dan daripada situ saya baru sedar, betapa crucial nya peranan ahli keluarga untuk menarik-narik ahli keluarga lain untuk sama-sama join DnT ini.Nak kata sini, kita sendiri, kita tak nak ka ahli keluarga kita sendiri yang ada sama kefahaman dengan kita ?
Point penting saya nak mention sini, terfikir tak, sehebat mana pun selaju mana pun kita buat 'kerja' ini, serajin mana pun kita penat lelah duduk 'sentuh' hati orang, tapi dalam masa sama, pernah kita toleh kebelakang sekejap, ahli keluarga kita macam mana ya?
Orang yang kita selalu berkongsi rahsia hati, kongsi apa-apa ja la cerita, bila sedih ka apa, bila rindu ka apa, telefon parents, chit chat dengan abang adik etc. Tapi bila sampai part Islam, tak ada pula nak cerita sangat, tak ada pula nak beriya sangat cerita, kenapa?
Kita duduk sibuk menjentik-jentik hati anak orang, ahli keluarga kita sendiri macam mana ya? Kita seronok-seronok berkongsi fikrah, berkongsi idea, berkongsi rasa superb sweet nya islam ini, tapi kita tak share pun, tak buat pun benda yang sama dekat family kita. Kita dah bertahun-tahun hidup dengan keluarga kita sendiri, tapi bila kita dapat 'perasaan yang best' tu, kita tak kongsi pun dengan family !
Huuu sebak sekejap -________________-'
Personally saya rasa serba salah lah, bila usaha meng-df ahli keluarga sendiri tidak semuntij yang dibuat dekat adik-adik di US ini. Huuu .
Keluarga darah daging tu !
Saya rasa saya agak fail di situ, fail nak meng-df ahli keluarga sendiri sama macam mana saya meng-df orang lain.
- Ahhhh, heart broken nyeeeee-
Tak rasa ka best, bila ahli keluarga sendiri 'faham' ?
Tak rasa ka best, bila ahli keluarga sendiri ada untuk kita nak borak-borak pasal DnT? Nak buat rujukan?
Tak rasa ka best, bila ahli keluarga sendiri ada untuk kita nak berkongsi masalah DnT?
BEST KOT?
Konklusi #2 : JANGAN LUPAKAN KELUARGA ! Kalau hebat mana pun kita, tapi kita terlupa HAK keluarga kita sendiri, ohhh sangat epic fail ! ( Memang boleh jadi , kalau usaha dakwah kita tu 'tak masuk' dengan ahli keluarga, tapi sekurang-kurangnya, usaha , kan?
-----------------------------------------------------
Personally, saya banyak ja bercerita dekat abang+kakak ipar saya , itu ini itu ini, dan bila depa nasihatkan, rasa macam 'lain macam bestnyeee', entah, mungkin sebab orang yang paling dekat dengan kita, 'FAHAM' benda yang sama =)
Benda atas ni, buat aku rasa tercabar !
p/s : tengah chatting dengan athirah, dia sibuk bagi ayat arab, suruh teka maksud -_-' Oh sungguh lah jeles dengan semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa orang melayu yang pandai bahasa arab, termasuk anda anda anda anda yang dapat peluang belajar arab dekat sekolah ! Sila belajar betul-betul !





3 mesej:
Plg susah nak df keluarga sendiri..mmg kena kental betul sbb hati akn lg byk terluka n tercabar. (lebih byk provokasi kan?hoho)
p/s: asal guruh2? suke eh?haha
Ukhti seha,
Ya setuju, dekat keluarga lah paling susah, personally bagi ana sendiri. Asal guruh? sukaa...kan ada sekali bunyi hujan rintik-rintik turun, rasa tenang =)
very the LIKE!!
=))
Post a Comment