4/5/12

hadis 7



Assalammualaikum wbt,

Hehe, semoga semua masih berkencang-kencang berlarian menuju redha Allah, semoga semua masih berkencang-kencang berlarian ( mahupun yang sudah ada kebolehan teleport, silakan) atas jalan ini walaupun komfem terpijak duri. Terpijak duri, inshaAllah sembuh, jangan risau, wahaha!

InshaAllah inshaAllah, saya nak serius sikit kali ini, sebab sebelum ini banyak main-main dalam post lepas-lepas ( -_-)Tapi en, boleh jadi cara nampak tidak serius, akan tetapi misi orang tersebut mestilah sumpah serius, iaitu ingin berdakwah dan sebarkan Islam, kaaching ! 

Ni la, kita revise balik hadis 7, iaitu ? 

Ok hadis 7 : Dari Abu Ruqayah Tamim bin Aus ad-Dari r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda; “Agama itu adalah nasihat.” Kami bertanya, “Untuk siapa?” Beliau menjawab, “Untuk Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya, para pemimpin kaum muslimin dan manusia pada umumnya.”(HR Muslim)

Hadis ni cakap pasal nasihat. Ada nasihat kepada 5 pihak. Apa maksud nasihat? Nasihat ni, macam berpesan-pesan. Akan tetapi, dalam hadis ini guna ‘nasihah’.Dulu bila saya first time baca hadis ini, macam “ehhh,  takkan nasihat ke Allah?” Serius, tak tipu. Macam mana nak dapat penjelasan yang superb teliti berkaitan hadis ini? Boleh google youtube? Mana boleh, impossible untuk nak dapat explanation yang kita mahukan. Hanya boleh terdapat exclusively, dalam USROHHH, tak ada tempat lain ! Ha masuklah usrah, dah lah usrah ini ada orang yang akan take care ‘lain macam’, dah lah usrah ini macam gerai (semua jenis food ada), dan usrah ini  ada satu benda 'magik' :) :) :)

Sambung ,

Kalau baca hadis atas ini, terfikir tak, apa maksud hadis “nasihah kepada Allah?”

Nasihah ni rumputnya Nasuha = suci , macam taubat nasuha juga lah, taubat yang betul-betul dan sungguh-sungguh !  Jadi cakap pasal kesucian ini, kita cakap sesuatu yang bersih, macam kain putih tiada tompok-tompok hitam, tak dicemari satu benda pun. Jadi faham kan, nasuha tu maksdunya menyucikan, tak campurkan apa-apa dengan sesuatu. So nasihat ni untuk menyucikan daripada sesuatu perkara, perbaiki. Jadi agama ni ialah nasihat (membersihkan,  menyucikan), mengembalikan kepada kebenaran, bring back to its original state. Jadi faham dok,  maksud nasihah kat sini, sucikan, baiki, kembalikan kepada kebenaran.

Apa maksud nasihah kepada Allah? – Kita kena mensucikan Allah. Bukan bermaksud Allah kena disucikan (tidakkkk) tapi kita kena sucikan diri kita berkaitan konsep Allah J Kita menyucikan Allah, kita kena meninggikan Allah ,mengimani dan meletakkan Allah pada tempat yang sepatutnya . How nak sucikan Allah? Dengan amal ibadah kita. Sebab kita tahu, Allah itu Maha Esa, Allah itu tempat kita beribadah, melaksanakan amal ibadat kepada Allah atas dasar Allah as tuhan kita. Kalau kita tak lakukan ibadah kepada Dia, macam kita ni dah cemarkan kesucian Allah itu.

Bagi contoh eh, macam mana kita nak stand up for Allah, macam mana kita nak stand up for hak-hak Allah? Kalau kita amek konteks sekarang ni, kita lihat bahawa hak-hak  Allah sudah dicemari ! Perasan ke tak ni? Cuba tengok,  mana kita letakkan hak Allah dalam perundangan? Mana kita letakkan hak Allah dalam per-bank-an ? Mana kita letakkan hak allah dalam per-ibadah-an kita?

Isu nya sekarang, macam mana keadaan kita, realitinya ? Ibadat pun culassss ! Nak bagi lagi faham, macam bila kita tak ikhas buat ibadah, seakan-akan kita dah mencemarkan lah. Jadi nak kata, suci ini ada kaitan dengan ikhlas. Mentaati serta jauhi segala larangan Dia. Sekarang ni, ramai dah cemarkan konsep tauhid Allah ! Siapa? Kita la, siapa lagi ! Manusia ! Kita yang buat ! Contoh bukti? Macam ambil pertolongan bukan daripada yang sepatutnya seperti bomoh lah etc. 

Ok focus  : HADIS 7 : NA-SO-HA
Macam mana kita, termasuklah pasal ikhlas, kalau kita campur adukkan niat, tu dah kira kita tak mensucikan Allah. Nasihah lillah, letakkan Allah pada tempat yang sewajarnya. Faham kan untuk point first ni?


Nasihat kedua : Kepada kitab : Mensucikan kitab, meletakkan kitab pada tempat yang sepatutnya, dengan cara kita mengamalkan ayat-ayat quran, bukan sahaja fahami. Menjadikan quran ini as manhaj hidup kita, jadikan panduan kepada hidup kita.Apa quran cakap, haa kita aplikasikan balik dalam hidup.Satu benda yang kita lihat seperti yang dipraktikkan oleh para sahabat, kita kena yakin, quran ni sesuai sepanjang zaman ! Jadi kita tidak boleh meletakkan quran dalam tempat-tempat tertentu sahaja, macam dalam majlis-majlis rasmi baru nak baca quran. Habis itu, kalau masjlis tak rasmi? Walhal Allah itu berada dengan kita di mana-mana ! Oh manusia !Bayangkan kita ada situasi :

Orang yang dapat baca al-quran dengan bagus tapi tak faham maksud. OK ke tak OK ? Jadi, cara kita nak mensucikan kitab tu is dengan baiki dan elokkan bacaan , dan juga memahami kandungan itu! Kita nak meletakkan quran di tempat tertinggi, kita kena jadikan quran panduan hidup, dengan cara ? ya dengan cara memahami kandungan al quran !

Nasihat kepada rasul : The same thing, kalau kita nak menyucikan rasul di tempat sebenarnya, dengan cara? Kita benarkan ajarannya, benarkan kenabiannya dengan ikuti ajarannya, ikuti sunnah, kaji sirah, berakhlak dengan akhlaknya, berkasih sayang dengannya, mendidik orang lain dengan akhlak nabi. Mensucikan ni, macam kita tegakkan sesuatu apabila ia dihina. Contoh eh contoh . Kalau kita tengok ada orang ini selamba ja mensyirikkan Allah, jadi  kita kena la dakwah ke dia, sebab apa? Sebab dia tak menyucikan Allah. Apa jadi kalau kita biar sahaja? Kubur lain-lain (sungguh cliché jawapan macam itu) ? Dik,  kalau kita biar ja, sama ja la macam kita tak menyucikan Allah ! Kalau kitab ni dihina, yes kita kena defend ! We cannot be silent, kita kena stand up !! Itu terkandung dalam nasihah !!


OK ke?


Nasihah kepada ketua, kepada imam : Macam mana nak menyucikan ketua? Kita ambil konteks sekarang, kita ada sebuah organisasi, ada presiden, ada VP, ada qiyadah, ada ketua-ketua region, macam mana nak letakkan mereka di tempat sebenarnya? Maksudnya kita bantu dia, bantu dia dengan tanggungjawab dia bila memerlukan pertolongan. Contoh lah contoh ;

Kalau amirah helwa nak data, pas-kan kepada ketua region,dan ketua region kena dapatkan details daripada semua universiti bawah region dia. Itu lah yang kita kena tolong J Tolong ketua region bila dia nak respond , nak kumpul data, sebab apa ? Sebab tugas dia takkan terlaksanakan bila tak ada org bagi respond. Bila dia tak dapat respond, apa dia nak report dekat presiden, amirah helwa, vp etc ? Terkedu  kau bila nak jawab. Bila orang atasan tak dapat details, macam mana nak gerakkan dakwah ? Macam mana nak buat program ?Nampak tak kaitan dia ? Ok yuk ! J

Kedua, nasihatkan ketua bila dia lupa, bagi teguran dekat dia bila dia lupa, atau bagi pandangan dan solusi yang baik dan juga menghalangi dia daripada berlaku zalim. Kalau dia buat something yang bercanggah, kita kena halang, supaya dia tak terjerumus daripada terus  berlaku zalim. Contoh : Syura. Ketua akan berada bawah syura, jadi syura ini ada kuasa untuk remove ketua, supaya nak elak daripada dia merosakkan diri dia  (si ketua) dan orang lain. Apa jadi kalau ada orang kutuk mencaci ketua kita ? If ada org kondem, kita tak boleh komden juga , tapi kita support ketua!! Dalam Islam tak ada konteks kondem meng-kondem. Jadi kalau ketua buat salah, ha itu lah tugas pengikut iaitu menasihati ketua, en? Dalam islam, ketua yang  baik akan menerima nasihat dan berusaha  melakukan kebaikan. Konsepnya, we are all about supporting and advising ! Ketua itu pun dah tahu tugas yang dia bawa adalah berat, that’s why dia perlukan support daripada kita, bukannya kita dok kondem memanjang, dok ?


Nasihah keapda ummah (muslim brothers and sisters) : Kita ambil konteks lebih kecil iaitu mensucikan rakan kita, saudara seislam, akhwat fillah kita, how? Dengan caraaaa? Kita bimbing dia kearah islam , ajak buat improvement ! Kita menyucikan dia dengan mengajak dia, membimbing dia, sebab boleh jadi ada individu yang baru bertatih, jadi kita lah yang kena bimbing, jangan kondem pula ! Contoh ; kawan kita ini susah nak bangun qiam, kita bagi support mcm kita kejutkan ka, kita call kan ka, atau sleep over ka. Faham ka? =)


Ok ke? Kesimpulannya, ha macam itulah kesimpulannya, macam apa yang kita semua rasa =)

Wallahu'alam.
----------------------

Doakan perjalanan kami ke pennstate esok, inshaAllah ! =)


---------------------

Final kurang lagi sebulan, gulp gulp !

---------------------

Umar-nama yang paling saya suka! Sahabat nabi yang menjadi  favorite # 1 saya  =) Bila belajar sirah Umar ini macam mana, sifat dia macam mana, karakter dia macam mana, sangat cool ! Umar tegas superb, tapi hati dia, pehhh =)

---------------------


Generasi Kita Yang Terpedaya (Mangsa Keadaan !) - Muntalaq


merampas kecantikan lenggok bunga ’sarwa’
         menukar helang rajawali menjadi burung puyuh
         mereka memperdayakan angkatan berkuda dengan irama merdu
         lalu membenamkan bahtera ke dasar laut
         mereka tidurkan kita dengan iramanya
         dan memadamkan obor kita dengan tiupan nafasnya.”

-Abdul Wahab Azam, Buku Muhammad Iqbal, m.s. 162-



0 mesej:

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP