7/21/12

Ramadhan !



Dah lama tak membasahkan blog ini, wahai hazirah, sila bertegas sikit dekat diri sendiri, sibuk mana pun, kalau susun masa tu elok-elok, mesti ada masa nak update blog, choy lar kamu ni !

InshaAllah inshaAllah, mahu dikongsi pengisian , refer surah alhujurat : 13-18.

13-Ayat ini jelas, dan mesti kita akan nampak yang betapa Allah nak menunjukkan perbezaan antara lelaki dan perempuan.Surah ini best (ok tetiba ja  kata best). Kalau kita tengok kan, kita dulu selalu gaduh dengan siapa? Normal untuk adik-beradik pun bergaduh. Saya dulu selalu bergaduh dengan abang pertama, sebab apa? Sebab berebut bakul yang ada kain paling sedikit untuk disidai. Sebab dulu masa sekolah rendah, setiap pagi kena tolong sidaikan kain, dan memang mama dah bahagikan sama rata, cuma kalau hati sedikit busuk dengan selamba transfer baju ke bakul lagi satu, dendam kesumat ( buruk betul perangai dulu-dulu dua beradik nih).

Kalau kita tengok kan, ni kita refer dulu la masa dulu-dulu. Orang arab ini, depa gemar benar bergaduh. Sikit-sikit nak gaduh. Kadang-kadang tak berkaitan dengan dia pun, tapi sibuk nak mengaitkan diri supaya dapat gaduh. Salah sikit, perang. Salah faham sikit, gaduh, tak gaduh, perang.

OK kalau kita divert sikit, cakap pasal in term of kesusahan. Bagi contoh yer, macam kita eksiden masa bawa kereta. Kalau kita betul-betul 'faham', memang akan sampai satu tahap, kita dapat rasa yang family sendiri pun takkan dapat tolong. Akan sampai satu tahap, bila masalah itu dah terlampau besar, memang ikhwah akhwat lah yang akan tolong. Kat sini point nak kata, dia bukannya terhad hanya kerana talian darah. Tapi kerana apa? Ha yer, betul, kerana Islam itu sendiri !

Jadi dalam ayat 13 ini, Allah nak kata, yang penting ialah bukan sebab pertalian darah. Allah dah kata, sesungguhnya yang paling mulia ialah mereka yang paling bertakwa. Nak kata, Allah tak regard langsung pertalian darah kita, tapi apa yang Allah regard ialah? Hah yer betul tu !

Kita masuk sikit pasal sirah, huuu risau nak menulis. Kalau salah, betulkan !

Orang arab ada 2 jenis, iaitu A'rob dan Musta'robah (err lebih kurang macam ni lah eja nya, tapi inshaAllah bunyi sama) Apa beza antara 2 golongan ini? Haaa bezanya ialah, yang golongan A'rob ini, depa ialah orang arab yang asli, kulit nya gelap-gelap sikit.Jadi macam keturunan A'rob tadi tu, depa ini suka berjalan, sifatnya. Tak duduk satu tempat. Macam nomad lah lebih kurang. Kalau Musta'robah pula, kulit depa cerah-cerah sikit. Kakak XXXX ni cerita, arab musta'robah ini ialah keturunan atas-atas daripada palestin tu, tapi sekarang macam dah bercampur-campur, susah nak beza. 

Ok soalan. Masa zaman dulu-dulu, macam mana kita nak make sure yang mereka ini keturunan yang betul? Macam mana kita nak tahu siapa keturunan Nabi Muhammad s.a.w ? Macam mana kita nak tahu keturunan nabi itu terpelihara, tanpa ada kekeliruan ? Masa zaman Rasulullah dulu kan, orang yang capable nak menulis sangat sedikit dok, contoh lah macam daripada 10,000 tu, yang tahu menulis lebih kurang 20 orang. Contoh siapa? Haa betul-betul. Zaman itu ilmu tak berkembang sangat. Jadi apa mereka buat ialah? Mereka ini dok tulis nama keturunan ! Sebab itu lah kita memang sure siapa keturunan nabi. Lepastu ada lah akak ni cerita, bila dah habis tulis keturunan itu, dia pergi tulis nama keturunan kuda pulakkk. Nak kata kat sini, memang tak tahu dah nak tulis apa. Lepastu kan, kalau macam orang yang pandai membaca pula, dia akan dok membaca syair ja memanjang, sampaikan baca syair ini boleh jadi satu kerjaya tau. Nak kata punya lah tak ada orang boleh membaca/menulis, sampaikan macam tak ada orang lain dah buat. Faham ke?

Jadi macam keturunan A'rob tadi tu, depa ini suka berjalan, sifatnya. Tak duduk satu tempat. Macam nomad lah lebih kurang. Sebelum kedatangan nabi Ismail, Mekah tu, tak ada apa-apa. Jadi apa A'rob ni buat? Depa pergi duduk dekat-dekat dengan mata air, memang pindah-randah habis lar. Jadi bila datangnya Nabi Ismail,  berlakunya kejadian blablablabla, lepas itu ada lah mata air. Jadi tempat itu jadi center.

Actually, benda ini mencorakkan tarbiyah orang A'rob tadi. Kalau kita tengok ayat 14, Allah kata, janganlah kau mengaku kau beriman.....kan? Hakikatnya, orang a'rob ini, depa jenis yang tak faham benda komplikated sangat. Contoh eh, kalau ketua dia masuk Islam, then depa ni terburu-buru masuk Islam juga  sebab tertarik, 

"eh ini agama baru eh? nak masuk tak?"
Bila dah ambil wuduk,

"Ok sekarang nak buat apa? Solat? Ok jom solat?"

Nak kata depa ini jenis yang kena faham satu per satu. Macam kita kena bagi arahan, lepas buat ini, buat itu etc. Memandangkan sifat depa ini suka berlegar-legar, ini memberi efek yer. Efek apa? Yaa membuatkan mereka ini tak faham iman, tak faham Islam. Sebab apa? Sebenarnya, depa ini adaaa peluang nak jadi beriman, kalau nak tahu. Tapi depa ini datang ke bandar Madinah tu sebab dekat situ ada ramai orang peluk Islam. Jadi apa yang berlaku? Depa tak nak stay dekat tempat itu untuk belajar lagi dalam pasal Islam ! Faham tak? Dapat kaitkan tak dengan sifat A'rob yang suka bergerak-gerak, tak statik ini? Nak kata, depa ini macam tak ada initiative nak stay kat Madinah tu, nak dalam Islam betul-betul. Dapat relate kan tak? Tak dapat tak apa, teruskan ja baca =)

Jadi nak kaitkan dengan ayat 14 tu, isu penting sini ialah, apabila kita ni, yaaa kita lar, kalau kita ada peluang untuk tambahkan iman kita, apa kita akan buat? Orang a'rob ini memang dah ada peluang depan mata dah, sebab nak pergi madinah tu, hah pergi ja ! Tapi depa ini pergi bukan nak dalami Islam tapi pergi jual beli. Jadi Allah tegur lar, supaya depa tukar mindsetting. Nak kata mindsetting yang salah di sini,

" Jom pergi Madinah, alang-alang tu aku islam "

Pelik kan kalau macam itu? Islam itu jatuh nombor 2 pula? 


Macam mana nak kaitkan dengan tarbiyyah? Kita ini, dalam tarbiyyah, tak boleh lar nak lari/menyorok kalau program buat dekat KL/Selangor/Nilai ka apa since KL ini senang, tempat berkumpul, ramai ustaz ustazah datang, senang nak dapat tarbiyyah, tapi kita yang duduk jauh ini nak mengelak datang sebenarnya kenapa? Cuba cerita sikit kenapa? Sebenar-benarnya memang tak berdaya ke nak pergi KL tu? Nak berkira ke kalau program jauh, tak nak pergi? Jawab sendiri..


Ayat 14 tadi, nak kata iman belum masuk lagi ke dalam hati mereka. Yaa memang lar kita manusia tiada hak nak menilai dok? Tapi ingat, yang menilai ialah Allah, Allah tahu apa yang ada dalam hati kita, hatta sekecil zarah pun !

------------------

Rest sekejap , otak serabut, mata dah bengkak, hoho. Comel pula rasa tengok kartun bawah ni, uuuu , hebatnya kalau dapat penuhkan semua resolusi ramadhan macam kat bawah ini, dan itu tidak mustahil ! ;)



------------------
Cool,

Ayat 15 pula, Allah offer solution , wahaaaii ! Kan dalam ayat 14, Allah remind kata "jangan kata kau ini dah beriman, tapi kau ini baru Islam ja". Dan ayat 15 ini, Allah bagi SOLUTION macam mana nak mengaku kita ini orang yang beriman. Ya ! Jangan peluh-peluh kawan-kawan, nahhh ada terbentang cara nak jadi orang beriman ! Ini caranya ! =)

Innama (ermmm ni kalau orang ada basic arab yang kuat, betulkan lar saya, kalau salah). Innama ni nak apply macam benda itu mesti ada, kalau tak ada, bukan benda itu. Kalau nak jadi orang beriman, mesti ada benda ni, kalau tak ada, kita tak dikira beriman. Kalau  nak jadi orang mukmin, kita mesti ada benda ni. Jadi apa dia?


Pertama : Orang yang beriman kepada Allah ! Beriman yang macam mana, beriman ialah ? Haa, simple nya merasa di dalam hati, menyebut dengan lidah, melakukan melalui perbuatan. Apa yang berlaku pada orang a'rob tadi ini, depa ini pergi hanya nak masuk Islam, dan bila dah masuk Islam, depa balik. Jadi kat sini, ditegaskan lar, kalau kau nak beriman, kau kena cari. Mana boleh senang-senang ja claim kau dah beriman, walhal kau masuk Islam pun main masuk ja, tak ada initiative nak dalami Islam.


(a'rob ni refer kepada arab Badui yer)

Kemudian apa? Beriman kepada Rasul.Beriman dekat Rasul itu bukan semudah yang disangka , bukan hanya dengan cakap kita dah  beriman, that's it, no no no no no. Banyak benda boleh kita fikir based on ayat ini. 

Syarat ketiga apa? Tidak ragu-ragu. Tapi ragu yang macam mana ye? Yang jenis yakin separuh hati tu, haa itu ragu-ragu ler tu.Contoh lah kan dalam tarbiyyah ini, kita pergi usrah semua, tapi jauh di lubuk hati kita, kita tak betul-betul rasa yang 'Inilah benda yang aku nak 'golek-golek'kan sampai aku mati'. Haa itu dah masuk ragu-ragu lah tu, macam nak kata dia rasa dia tak ada masa depan kalau dia terus bergelumang dalam dakwah sentiasa, alahai ! Macam ,

'Betul ke ape aku buat ni, macam tak betul je'

Ha tu memang tak boleh. Jadi moh ler kita fikir-fikir balik, kalau tiba-tiba rasa macam malas nak pergi program, rasa jauh sangat larrr tempat program, rasa macam wasting time lar, rasa akhwat ni tak best la apa,  dan banyak alasan bagai, haa itu ehem, macam dah meragui tu. Bila dah datang rasa macam itu, jangan tunggu-tunggu dah, sila cepat-cepat buang ! Sebab apa? Cuba fikir balik, kita buat dakwah ini bukan sebab nak ada orang support, dok? Jadi nak kata, bila kita diuji dengan keseorangan, adakah itu akan menggugat kita untuk terus meragui jalan ini ? Ragu-ragu ini nak kata kita terus ubah mindsetting kita.

Berbalik kes orang a'rob tadi tu, mungkin ja dia percaya dengan Allah, tapi bila beriman inshaAllah mestilah iman itu akan membuahkan tanda dok? Tapi since tanda-tanda ini tak terkeluar daripada orang a'rob ini, itu yang Allah turunkan ayat ini supaya depa nampak sebenarnya tanda-tanda tu !Allah nak bagi hint ke mereka.

Kemudian apa syaratnya? Mereka berjihad dengan harta dan jiwa.Jihad, jihad. Bayangkan orang yang pergi berjihad, adakah dia akan mindset akan balik semula? Contoh lar, nak gerak pergi study dekat new york ni, dan dah mindset 'aku takkan jejak Malaysia dah'. Haa itu yang nak kata, tingginya jihad ni dok? Dan paling penting, macam mana kita nak pastikan kita boleh berjihad? Ialah apabila kita boleh disusun. Kiranya kalau kita dapat 'arahan'

" Eh awak kena sambung master kat US, jangan balik Mesia"
" Eh awak kena sambung phd dekat sana, jangan balik Mesia"

Haa kita pula, kena la patuh, itu dah kira jihad ! Bila jihad ini, mesti ada benda perlu korban, harta ka, jiwa ka. Dan sebelum nak berkorban harta dan jiwa ini, ada satu benda penting kena korban dulu iaitu? Perasaan kita.

Bagi contoh yer.Ada kakak Malaysia nak melawat US ini.

" OK hazirah, akak nak datang US, akak nak tidur rumah awak , sebulan, cuti tak cuti, akak nak datang gak"

atau

" Ok hazirah, ktorg akhwat US nak buat program dekat ub, jadi siap sedia la rumah yer.. ramai ni nak terjah'

Kita pula,

"Ya Allah, sebulan? Aku dah lah penuh exams, presentation, internship bagai"

"Ya Allah, semua akhwat nak datang? Rumah aku dah la kecik, toilet satu, dapur small je"

Atau,

" Eh lupa la nak pesan, rumah aku tak ada air..."
" Eh tak apa......."

Nampak tak kat sini, korban perasaan itu akan datang dahulu, sebelum korban harta/jiwa? Susah tauuu nak korban perasaan, siapa kata senang ? Tapi tak mustahil, sentuhan tarbiyyah itu akan memudahkan segalanya !
-------------

Ayat 16-Allah memang tahu. Maksudnya, kita cakap kita beriman, tapi betul ka kita memang beriman? Nak kata sini, bukan kita yang dengan selamba claim kita ini beriman, tapi Allah lah yang akan menilai kita, dok? Sebenarnya kita tak dapat pun nak tunjuk, nak betul-betul tahu tanda-tanda orang itu beriman. Berima ka tidak, Allah yang tentukan ciri dia !

Hmm kita divert sikit ke tarbiyyah lar dan kaitkan dengan keimanan. 

Kita yang bertebaran ini kan inshaAllah dan kalau betul-betul kita memang berusaha habis untuk capai tahap keimanan yang tinggi, kita yakin yang "yaaa inilah jalan sebenarnya", kita nak tak nak, memang kena available kan diri kita untuk dipanggil ! Yaa dipanggil ! Jangan lar bila tengah online, tapi bila ada akhwat panggil minta tolong ka, minta datang daurah ka, kita tak jawabbb ! Nak kata, sahutlah panggilah itu hatta merangkak sekalipun ! (Eh saya tengah serius ni). Jangan lah masa nak kena pergi program, macam-macam alasan timbul, dan paling tak boleh terima ialah alasan ongkos. Kenottt ! Kita kena peka nak bezakan antara perasaan tak boleh pergi dengan memang betul-betul ada halangan untuk pergi, yer ! Adakah sebenarnya hati yang kata tak nak ? Tapi mulut kata ada exams, tak ada duit etc?

Jum lar kita muhasabah balik. Nak ka tengok kita ketinggalan ke belakang? Kawan semua dah semakin kedepan, kita ? 

Satu benda, kalau tak berkorban perasaan, memang tak dapat nak pergi ke tahap jihad pun sebenarnya.

-----------------

Ayat 17- Orang a'rob ini bila masuk Islam, depa rasa " Untung tauuu Islam, kita masuk agama ini". Kiranya nak kata disebabkan mereka, Islam ini makin kuat. Sebenarnya tak ! Disebabkan perangai mereka itu macam tu, kan dah mentioned awal tadi macam mana sikap depa sambil lewa bagai, jihad pun tak boleh, tak nak, Allah pesan lar " Kau jangan fikir kau ini berjasa sangat lar". Allah tegur  ! Tegur supaya depa ubah perangai , jangan nak perasan ! 

Nak kaitkan dengan kita sekarang ini, tak perlu lah, yaa tak perlulah kita nak rasa kita ini berjasa sangat. Jangan lar pernah ada rasa orang lain terhutang budi dengan kita. Bila kita memang betul-betul rasa nikmat buat 'kerja' ini, kita takkan minta pun balasan, dan akan rasa gembira bila berjaya. Satu phrase best daripada Syed Qutb, 

"Apabila kita berdakwah, kita kena bayangkan kita bercakap dengan tembok"

----------------------------

Kesimpulan dia? Saya tulis sikit ja , sumbat-sumbat.

Rukun iman ini, kita kena buat semua ! Kita kena beriman ke semua, kalau tak,  FAIL, aqidah rosak ! Kita perlu buat kerja dakwah ini sungguh-sungguh ! Kita jangan pernah rasa kita ini berjasa, yer ? Kita kena bezakan antara perasaan dengan 'kerja' kita. Dan , jangan menyorok lar.


Ingat, apa ganjaran orang yang menolong agama Allah?


--------------------------


Selamat menyambut Ramadhan, InshaAllah semoga berkat ramadhan kali ini dapat menjadikan kita semuaaa hamba yang superb, dan doa semoga istiqomah even selepas ramadhan, doa semoga istiqomah sehinggah ajal menjemput.



0 mesej:

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP