requirement daie
Salam Ramadhan,
Semoga setiap hari kita muhasabah balik lah, macam mana puasa kita, macam mana amal kita, supaya apa ? Supaya kita tak lah rugi, ingat senang ka nak jumpa ramadhan?
(skema lar pulak intro, wahaha)
Erm, mungkin agak tergantung juga intro ini, tapi sebenarnya dia sambungan kepada satu pengisian ini, tapi kalau include kan semua, memang super panjang lah nanti pos. I pun malas nak baca panjang-panjang ni :P Saya selalu membayangkan naqibah saya tengah bercakap dengan saya by the time saya tulis post ini, sebab saya suka tengok cara dia ,bersemangat ! Yaaa sila lar membayangkan naqib/ah masing-masing tengah bercakap. Baru best, bayangkan ada orang tengah bercakap dengan kita ;)
Bismillah.
Kita kan, dah berapa banyak kali dapat ISK? Dan kalau kita memang pro ISK, kita mesti tahu dan hafal semua part dok? Tak payah nak tunggu ada speaker, instead 'eh kau larr jadi speaker, aku baru dengar sekali dua ja ni, eh kau la eh kau lar" , kita sendiri dengan selamba ke depan bagi ISK =) (uish tu memang qowiy habis tuhh). Best apa jadi speaker, daripada situ baru kita betul-betul boleh test kefahaman kita selama ini. Baru boleh 'melonjak' laju ke depan, tak perlu nak berharap pada orang lain, sedangkan kita sebenarnya ada kapasiti untuk jadi speaker, dok? Cuma berani tak berani ja, cuma tinggal nak polish balik, cuma tinggal nak review balik pengisian-pengisian lepas. Percaya lar, boleeehhh jadi speaker, kalau tak siapa lagi? Takkan nak mengharapkan 24h dekat ikhwah? Bila akhwat jadi speaker kepada akhwat, percayala, memang lagi selesa, lagi tak malu-malu nak tanya soalan, lagi 'lepak', dan lagi menusuk ;) Akhwat pun ada kapasiti itu, yakin ! :) (hoho macam gender biased la pulak, tapi sebenarnya takkkk, kita kena tanamkan satu sifat berdiri atas kaki sendiri !)
Tulis pasal ISK, mesti kita tahu part hadis logam dok? Yaaa kau aku kita mereka, semua ada kehebatan masing-masing. Cuma tinggal nak selongkar ja, dan tinggal kita ini ada inisiatif nak cungkil bakat diri ja. Kita manusia pun ada kemampuan kita tersendiri. Kita ini siapa? Bercakap fasal mukmin, sebenarnya-benarnya ada minimum requirement. Contoh lain, nak pergi study dekat US, mesti ditapis-tapis-tepis-tapis-tepis punya procedure. Start daripada SPM, lepas itu masuk preparation college, lepas itu dengan SAT, dengan TOEFL, dengan pointer bagai, baru lah lepas pergi US. Bukan US ja, pergi fly negara lain lagi susah kan? Lagi tough, salute lah you people =) Dan nak pergi US ini, komfem lar kita usaha sungguh-sungguh en? Dapat tak dapat, tu tolak tepi dulu, yang penting usaha. Jadi nak kata sini, kita as pelajar yang nak fly pun ada minimum requirement. Kalau kita as daie, punnnn ada minimum requirement jugahhh. Kita mesti ada mindset untuk penuhi ciri-ciri ini, kalau tak, memang tak layak pun nak bergelar daie (oh jangan nak perasan pun sebenarnya)
1- Kita mesti faham Islam.
Nak faham Islam macam mana? Kalau benda-benda basic macam solat, halal haram, fardu ain fardu kifayah tu memang komfem lah dok kena tahu ! Ni kita nak kata selaaain daripada benda-benda tadi. Jadi sebab itu lar penting kita kena tuntut ilmu, benda-benda basic berkaitan fiqh memang kena faham ! Even dalam 10 muwassofat pun, salah satu requirement nak bergelar individu muslim yang super berterbangan ialah apa? Haa betul, luas ilmu pengetahuan , en?
Tapi bila kita yang dah inshaAllah faham Islam ini kan, nak kaitkan dengan dakwah, kita kena make sure orang-orang yang kita 'jala' tu, kena faham Islam sama macam kita faham Islam ni. Bila kita angkut adik-adik nih, kita kena try jadikan Islam tu cara hidup, bukan hanya jatuh kepada silibus oriented. Contoh larrr, dalam usrah dok faham Usul 20, tapi luar usrah, mengumpat bagai, main game 24h, astaga -_-'
Memang pelik lah dok macam tu? Something wrong. Bila kita faham Islam itu, kena larr membumi bumi bumikan dalam diri, dan pastikan adik-adik pun sama membumikan juga ! Kita tak nak lar ada krisis identiti, dekat dalam usrah lain, baik ja, dekat luar usrah macam raksasa !
2- QUDWAH
Qudwah, penting sangat yer. Kalau kita tengok kadar penambahan orang Islam paling tinggi dan cepat ialah pada zaman Madinah, kan? Naik mendadak sampai 120 ribu orang. Sebab apa? Sebab adanya negara Islam, baru lah semua orang boleh nampak.Jadi nak kata qudwah ini crucial untuk bagi keyakinan dekat orang lain untuk sama ikut Islam. Contoh lar contoh lar, saya sendiri pernah tengok seorang ustaz ini elok ja mengalunkan zikir bagai, tapi tiba-tiba satu hari, saya terjumpa satu video dia hebat lantang dok kutuk mencaci cela orang lain. Macam "amboiiiiiii amboiii" jugakkk larrr tengok video tu -_-
Itu lah qudwah! Macam mana nak jadi contoh, sedangkan kita gagal nak tunjukkan yang terbaik? Nak hasilkan qudwah yang baik, kita kena kena kena ada vision, kena contohi Rasulullah SAW dan para sahabat. Macam mana? Mungkin buat larr diary ka apa, target by 2013 aku dah kena jadi orang penyabar tahap giga dan mega. Mungkin ego aku macam langit tingginya, dan by 2013 aku letak ego aku 'bawah bumi'. Tak ke ohsem?
Betul, kita adalah hasil produk manusia, kita akan terikut-ikut juga perangai mak ayah kita. Uish, ayah saya garang dulu. Kalau dalam kereta, tak boleh makan, kalau dengar bunyi orang menguyah, habis lar. Kalau dalam rumah, tak boleh hu ha hu ha, nanti kena lenting. Itu sebab, saya ini kadang-kadang cepat aummm, cepat reda. (tapi dalam hati jeee lah, kat luar tunjuk kasih sayang, wahaha !)
Tapi tidak lar impossible untuk berubah, sebab apa? Sebab qudwah itu boleh dibina ! Macam mana? Ha mutabaah amal larrr apa laie. Tapi ingat, kita kena lar jaga mutabaah amal kita, sebab benda in yang akan menjadi motivasi untuk kita keep on jadi better hamba. Perasan tak, kita manusia selalu ada planning, tapi problem besar kita ialah, kita tak revise planning kita tu ! Sebab itu larr naqibah kita dok bising-bising kat telinga, apa dah amal kita buat etc ! Cuba fikir positip, sebab apa naqibah bising-bising? Sebab nak monitor kita, nak pastikan kita tak statik daripada dulu sampai sekarang tak ada penambahan ! Nak kata sini, kebanyakan kita kalau bab planning ini memang mantap, tapi nak monitor performance tu mungkin sedikit kurang.
Tambahan sikit, selalu tak kita dengar orang kata,
"aku malas lar bagi mutabaah amal aku , nnt aku rasa tak selesa, takut riak"
Hmm. Isu dekat sini bak kata naqibah saya, sebenarnya individu tersebut tidak lagi yakin 100% dekat sistem tarbiyyah ini. Tarbiyyah itu sendiri apa? Kalau kita betul-betul yakin dengan jalan ini, betul-betul yakin dengan outcome jalan ini, betul-betul yakin dengan sifat jalan ini, kita tak akan berdalih nak share mutabaah amal. Nak pembaikan, dok? Kenapa mesti ada alasan? Ke tak tsiqah dengan naqibah niiii, ehem ?
3-BERSABAR
Wah ini part kesukaan saya. Yaa untuk menjadi daie yang penuh requirement dia, perlulah bersabar. Sabar dengan mad'u kita. Kita kena sabar dengan tarbiyyah kita, sabar bila nak kena bangun pagi usrah online, sabar dengan perangai akhwats dsb. Ingat senang ka nak sabar ? Orang tanya sikit terus melenting, orang pangkah sikit terus angkat parang, orang tanya sikit terus perli, orang cakap sikit terus tarik muka, waaahaaii ! Susah larr macam tu.
Contoh lar kan, ada seorang ini suka datang lambat ke usrah, memang mencabar kesabaran kita yang dok menunggu dia lar kan ? 'Late like snail'. Tensi betul.
Tapi kita yang tensi ini lah yang sebenarnya ditarbiyyah ! Kita kena lar mengadap orang yang lambat tu, dengan pergi lar kejutkan dia tidur ka, tarik tangan dia sekali bila dia lambat, yang penting bersangka baik lah ! Orang yang ditegur itu, jangan lah pula rasa
"yer aahhh aku la yang paling lemah, paling slow, paling tak layak"
Takkk, kita kena lah berlapang dada. Sebab siapa lagi nak tegur, kalau bukan akhwat? Train diri untuk jadi bersabar dengan kritikan orang, take note selalu, jangan lar masuk telinga kanan langsung keluar telinga kiri macam angin lalu sepoi-sepoi eh! InshaAllah memang komfem dapat improve kan diri kalau kita betul-betul nak berubah. Perasan tak, kadang-kadang kita sibuk dok bertahan dengan karenah mad'u masing-masing. Tapi kenapa kita tak boleh nak tahan juga dengan karenah akhwat sendiri? Akhwat kita itu pun manusia, mereka juga perlukan bimbingan, dok?
Contoh lain, kita reshuffle usrah, dan dapat mak usrah tak femes "sapaa dia ni tak penah denga nama pun?", jadi kita kena lah bersabar ! Sebab apa? Sebab kita kena yakin yang Allah tidak akan buat sesuatu yang tidak bermanfaat untuk hambaNya, en en? Dan jangan kita keliru dekat sini, yang mentarbiyyah ialah Allah, bukan naqibah, yer. Bukan dapat naqibah yang femes masuk paper ke apa, yang hebat bersuara, komfem kita akan jadi laju, tak ! Sebab please tampal dalam otak, yang mentarbiyyah ialah Allah, bukan naqibah, again !
4.Tawaduk !
InshaAllah kita yang dah dan sedang berusaha lagi untuk faham Islam ini, dalam masa yang sama kita tidak bongkak atau riak. Akan tetapi apa? Akan tetapi kita try emerge ke dalam masyarakat !Tawaduk ini nak kata macam merendah diri, tapi tidaklah tidak konfiden ye. Tawaduk ini nak kata kita tidak merasakan bahawa kita ini lebih baik daripada sesiapa pun, TAPI kita nak buat apa Allah suruh. Kita try emerge ke dalam masyarakat, involve diri , bergaul dengan orang lain. Kita tak boleh lar nak berkelompok dengan orang usrah ja memanjang, memang susah lar sebenarnya. Yaa betul, kadang-kadang bila kita bergaul dengan masyarakat, kita faham tendency tinggi untuk mendengar umpatan dsb. Tapi yes kita kena bercampur dengan mereka ini, sebab apa? Sebab tawaduk tu lar ! Nak kata sini, even inshaAllah kan kita berusaha untuk membawa 'risalah', tapi tidak bermaksud kita tak boleh bergaul dengan masyarakat. Tengok Rasulullah SAW, baginda bercampur dengan semuaaa golongan, tak kisah kaya, miskin sederhana tua muda dsb. Nak kata kat sini lagi, ciri-ciri orang tawaduk ini, bila kita masuk dalam satu tempat itu bukanlah kita nak kecoh-kecoh sangat, tapi kita act as necessary. Bila orang minta opinion, kita bagi lar opinion kita. Tapi jangan lah kita rasa over " Ohhh aku laaa paling the best nak bagi cadangan, waahaha".Dan ingat, bahasa yang kita guna, jangan lah terlalu tinggi, jangan lah penuh dengan term-term arab, nanti lagi orang tak faham ada lah en?
5-Berkhidmat untuk orang lain.
Last point. Ingat hazirah, bila kita beramal untuk sesuatu, kita kena set dalam otak yang kita beramal memang semata-mata untuk Allah, jangan pernah harapkan balasan. Allah yang beri pahala, bukannya manusia ! Contoh lagi, semua contoh yang antum terfikir. Banyak contoh berkhidmat untuk orang lain. Jadi penting kat sini , berkhidmat itu adalah satu aset superrrr penting untuk keperluan dakwah kita ! Kita just aim untuk dapat pahala jaa sekarang ini, kumpul banyak-banyak, lagi-lagi lar ramadhan ini kan? Berganda-ganda dapat pahala, wuhu ! Dan tak lain tak bukan, sebab apa kita buat? Sebab nak shoot kepada keredhaan Allah =) Sebab kalau kita buat sesuatu sebab nak dapat recognition manusia, yaa mungkin untuk sehari dua kita akan dihargai lar, tapi kalau buat kerana Allah, sampai bila-bila Allah akan recognize kita, percaya?
Konklusi : Fikir sendiri.
--------------------------------------------
Semalam basah kuyup berbasikal balik daripada kelas. Hujan lebat. Tangan kanan pegang stereng beskal, tangan kiri pegang payung, still basah kuyup, dengan angin yang kuat. Kayuh laju-laju meredah kegelapan, meredah hujan dan meredah lorong-lorong kosong. Tapi best sebab dah lama tak main hujan, nikmat apa?
Huu masih berusaha menjadikan ramadhan ini ramadhan yang terbaik !
-------------------------------------------
Kebelakangan ini, banyak benda saya realized. Satu benda paling mencucuk-cucuk hati, ada satu benda berlaku yang memang menyedarkan diri ini, "wahai hazirah, kau tidak lagi cukup menyumbang dekat jalan ini, sungguh jauhhhhhhhhhhhhh lagi, kau macam zero, kosong ! ". Memang nak bangkit daripada rasa 'kejatuhan melampau' itu memang susah lar, rasa diketuk-ketuk habis ! :(
Bila kenal seorang individu ini, rasa macam beza langit dengan bumi ! Betapa dia sangat hebat untuk Islam, sangat pandai mencari ruang untuk menyumbang untuk Islam, dan daripada pemerhatian saya, dia sangat bermanfaat untuk orang lain. Dia hebat.
Sungguh ya Allah,ini salah satu tarbiyyah paling menusuk di hati.
------------------------------------------
1 mesej:
salam..saya suka bertandang ke sini..
mencari 'makanan hati'
t.ksh dgn entry kali ni..bekalan sebelum berbuka puasa..:-))
ukhwah fillah dari malaysia..
Post a Comment