pergantungan total
Dengar pengisian surah,
Fikir-fikir punya fikir-fikir punya fikir-fikir
Terasa aura Syahadatul Haq menusuk-nusuk.
Hatta orang beriman sekalipun akan mengeluh di akhirat kelak !
Lagi sekali,
Tercungap-cungap.
Tatkala hari-hari semakin selirat,
Apa yang menenangkan,
Apa yang mengtenteramkan,
Apa yang meng-comfort-kan,
Punyailah satu hubungan erat,
Kalau tidak bukan,
Mestilah dengan Dia !
Dan bukannya manusia, pada tempat pertamanya.
--------------------------
Percayalah,
Percayalah,
Percayalah,
Ketenangan yang cukup enak
Rahsianya ada pada Dia.
Carilah!
--------------------------
Aku mulai rasa,
Erti pergantungan total pada Dia.
Kerana manusia tidak pernah faham.
Dan takkan mungkin faham.
Mungkin juga tidak mahu memahami.
------------------------
Ya Allah, buanglah keterikatan aku pada dunia.
Amin.
0 mesej:
Post a Comment