"heyy wassaapp, mana kau nak lari?"
Assalammualaikum !
See, betapa tak istiqomah nya saya ? Wahaaai ! T___T
Hu hu. InshaAllah, selagi dipinjamkan oksigen, selagi itu kena struggle, sungguh-sungguh memberi, aiwahh!
Bismillah.
Pertamanya, alhamdulillah alhamdulillah, baru sahaja selesai ber-tamrin, kali ini Allah pilih untuk buat di Buffalo. Hu, sungguh banyak onak duri, ewah. Eh serius. Ditambah pula pressure-pressure yang tersimpan selama ini, dan semuanya ter-accumulate semasa tamrin, horror nya perasaan masa malam itu :( Jazakillah ukht ehem ehem yang menenangkan ana , huuu. Tapi apa pun, alhamdulillah, harapannya, software yang kita nak ketengahkan itu mencapai hadaf yang kita target, inshaAllah ! Kena banyak muhasabah ni, Allahu.
Bukan benda ini nak tulis nya, benda lain.
-------------
Kita straight ja lar tengok surah yunus [10:1-6]
Pendek ja kali ini, inshaAllah.
Kalau kita go through maksud 1 sampai 6, basically nak terangkan perihal iman dan qada' dan qadar Allah. Bercakap perihal qada dan qadar ini, pernah terfikir apa tabiat dnt , apa qada dan qadar dnt ni yer? Takkan la kita dok baca quran, tak reflect kut? Haa saya yakin, anda semua tak macam tu dok? Alquran ini untuk mu, untuk ku, untuk depa, dia, she, he , my grandpa, my grandma, my children, my husband, etc. Ke tak?
Kalau tengok ayat 1st, Allah dah mention "inilah ayat-ayat al quran yang penuh hikmah". Dan ayat kedua nak kata ke manusia, "eh kenapa nak hairan pula?" atau "patutkah perlu ada rasa kehairanan itu?" atau "eh, hairan sangat ka?" atau erm, kalau nak ganas sikit bagi tampal dekat otak, "pehal nak hairan-hairan plak nih?deerr"
Jadi sini nak mention, Allah kata, kenapa nak merasa hairan pula disebabkan Dia memilih Rasulullah saw untuk beri peringatan? Why not? Ini adalah qadar Allah, Allah akan sentiasa berikan perutusan dan peringatan. Dan bila bincang perihal hakikat manusia (2:38), Allah kata kepada nabi Adam, turunlah semua daripada syurga, dan siapa yang mengikut petunjuk, takkan ada susah atau sedih ke apa. Mereka yang percaya akan hakikat ini, tidak ada kekhuatiran dah pabila beriman dengan 2:38. Allah juga nak kata, Allah dah susun semua benda ini dan pada waktu ketika tertentu, Allah akan turunkan pesuruhnya, sesuai dengan qadar yang Allah dah tentukan. Itu yang boleh kita tanya diri, kenapa bukan waktu sekarang ini baru nabi diturunkan? Kenapa masa dulu? Point nya, Allah yang tahu masa dan ketika yang super sesuai untuk setiap perkara itu berlaku lah kan? Dan ianya termasuk di bawah qadar Allah !
Dan boleh lah go over ayat 3 sendiri.
Ayat 4, Allah cerita perihal ciptaan yang haq, sebagai janji yang benar daripada Allah. Dan akhirannya nanti, kita akan dikembalikan kepada Allah, mencipta dengan haq, dan kita akan dikembalikan juga dengan haq !
Secara sepintas lalunya, berdasarkan tafsir ibn kathir, Allah dah turunkan Rasulullah, dan sepatutnya tidak perlu ada isu 'eh?' atau kehairanan itu. Turunnya seorang lelaki, dan ini pun telah serasi dalam banyak ayat-ayat lain, yang Allah dah menurunkan nabi-nabi lain kepada kaum-kaum tertentu. Dan mesti kita dah hafal eh, macam mana reaksi orang arab dulu yang semestinya akan mendustakan the fact adanya seorang yang membawa kebenaran tu, kan?
Dan bilamana peringatan itu terjah ke manusia, yang beriman akan gembira, yang tak beriman, gundah gulana kehulu ke hilir pusing pusing.
Apa yang sebenarnya nak relate ye?
InshaAllah. Allah nak inform ke kita sebenarnya, yang mana Rasulullah dengan peringatan yang dibawa adalah haqiqi daripada Allah ! Apa lagi nak deny sebenarnya? Rasulullah dah datang kepada kita, bawa quran dan sunnah untuk di-inform ke kita ini yang "inilahhh yang dikehendaki Allah!"
Apahal nak hairan? Banyak lagi soalan? Nak deny la tu, kannn ?
Kalau lagi, kalau kita tengok tabiat jalan ini. Tarbiyyah ini TELAH PUN (dan sepatutnya sebegitu), yaa telah pun mengajar kita untuk terima fakta itu ! Dulu masa kita mula terjebak (eh?) dengan tarbiyyah, kakak-kakak hangkut kita yang kurang relanya, pergi dengar ISK. Dan baru lah terkebil-kebil mata melihat sesuatu yang " seriusssss macam ni dulu? "
ISK ini, kita dapat terima the fact that ummah ini berada dalam kehinaan, kekejian, kezaliman, ke ke ke etc, dan of course masa itu ummah berada dalam kondisi yang tidak dikehendaki. Then, dengan mengantuknya (ha ha), kita mengkaji apa sebab kita berada di bawah ? Sebab iman umat islam masa itu berada pada tahap ter-kebawah daripada bawah, kecamuk bagai, campur sini sana ! Manusia ambil macam-macam benda selain Allah tanpa ada kesedaran ! Dan hakikatnya masa itu, islam ini bukanlah satu solution pada mata manusia ketika itu. Setuju?
Dan masa itu, akurlah kita, kita memang berada dalam satu tahap yang sungguh hina, hina. Kita yang islam pun berada dalam kehinaan, apatah lagi yang tidak islam? Ekonomi pincang, aqidah menyimpang. Isunya, islam tidak berada di atas. Kalau tengok, pada zaman islam memang berada di atas, Islam itu macam, macam rahmat kan?
Kemudian, tengah semangat kita melompat-lompat hey, disumbat pula dengan SH. Dekat sini, kita ternganga, melopong O_O' Oh rupanya Islam itu bukan hanya sekadar disebut lebat dekat mulut, tapi perlukan amali ! Amali bukan sahaja pada takat rukun islam mahupun rukun iman, tapi perlunya kepada penyaksian kebenaran yang sebenarnya kita dah tahu pun selama ini ! Tapi kita senyap ! SH perlukan amalan, bukan hanya sekadar syahadah ! Dan di sini, baru lah kita faham erti tarbiyyah dan dakwah itu perlu datang secara berduaan, bukan satu-satu. (eh faham eh?)
Jadi, di sini barulah nak cerita main point nya !
Untuk kita yang erm, nak kata dah lali dengan term dakwah dan tarbiyyah ini. Sepatutnya, kita kena akur patuh tunduk terima bahawasanyaaa, tarbiyyah ini sifatnya perlu ada peningkatan. Kita bukanlah lagi kita yang dahulu melopong dengar ISK, menangis dengar SH, main tarik tali dengan naqibah dsb. Tak, kita bukan lagi pada tahap itu.
Maksudnya, kita KENA lar tingkatkan keimanan kita ke next level, jangan lah nak stable ja dekat tahap yang sama. Kenapa nak selesa sangat ni? Ingat syurga itu semudah mengatakan 'syurga' sahaja? Kenapa nak selamat dalam comfort zone, tak berani ea? Hik hik ( membayangkan seorang adik menulis sebegitu rupa)
Jadi untuk kita, cuba refresh balik apa sebenarnya kita dah buat selama ini. Sometimes, memang kita kena refresh and be reminded, kenapa sebenarnya kita buat semua benda ini? Benda apa? ( benda apa? parah kalau tak tahu benda apa kita dok tulih selama ni )
Dan paling penting, untuk tahapan kita, ianya bukan lah lagi sesuatu yang menjadi kehairanan kepada kita, dan bukanlah menjadi satu yang "aik?" apabila kita kena berdakwah !
"haahh ape kene berdakwahhh?" Pergi rendam kepala dalam air sabun campur clorox, sekarang !
---------------
Sedarlah, segala penciptaan Allah memang ada kualiti. Jadi kita kena yakin, setelah kita dah faham, dan dah lalui, wajarlah untuk kita bertambah keimanan kita pada jalan tarbiyyah dan dakwah ini. Tengok snow, bertambah keimanan kita, tengok pokok, bertambah keimanan kita pada Allah. Eh, tapi macam mana nak beriman kepada rasul? Ialah bila kita buat kerja para rasul lah, kan? Mereka ialah utusan Allah di muka bumi untuk manusia kembali tunduk patuh kepada syariat Allah.
Tapi janganlah kita sibuk nak compare kan diri kita dengan kader-kader dakwah yang super hebat, yang punya kapasiti luar biasa ! Nak kata sini, kita buat ikut kapasiti dan kemampuan kita !
Ingatlah,
Islam itu pasti akan menang.
Kita ini patut merasakan syukur, kerana terpilihnya kita di jalan ini merupakan penghormatan daripada Allah (quote daripada ustazah maznah), jadi apa lagi kita cari ?
Dan ingatlah,
Jangan sesekali cuba mengkaburkan diri, atau menyorok di sebalik almari,
Kerana yang mencari boleh jadi kami,
Yang tidak akan berundur diri, sampai ke nafas terakhir nanti,
Jangan pernah kau merasa selamat "ahh tiada siapa jumpa diri ini"
Kerana yang pasti,
Akan ditanya di akhirat nanti, "heyy wassaapp, mana kau nak lari?"
---------------------------
Nak conclude sikit,
Jadi, kalau kita benar-benar yakin dengan qada dan qadar Allah, kita akan terima apa sahaja yang telah ditentukan Allah, termasuklah dengan penurunan pembawa peringatan (para nabi). Dan dengan demikian, jikalau kita betul-betul beriman dengan para rasul, itulah datangnya tugas kita melaksanakan tugas yang sama seperti para rasul buat dahulu, iaitu berdakwah ! Dan jika kita juga beriman dengan hakikat adanya para rasul yang diturunkan Allah, tiada sebab yang buat kita tercengang kehairanan dengan tugas kita untuk berdakwah. Hakikat tarbiyyah ini ada peningkatan, tidak statik. Oleh itu, bagi yang dah lama di atas jalan ini, reflect kembali, sejauh mana sudah kita bergerak ?
Wallahualam.
----------------------
Sedang di dalam minggu final, begitu juga ikhwah akhwat US yang lain, bittaufiq ! Luruskan niat, luruskan niat, luruskan niat !
Kerana redha Allah itu yang kita buru!

0 mesej:
Post a Comment