Barisan Pertama.
Seseorang yang mengkaji sejarah pergerakan Islam di mana-mana juga negeri dan di peringkat apa jua akan bertemu dengan nama-nama anggotanya yang cukup cergas, bekerja dan bertanggungjawab tetapi ternyata kemudian nama itu hilang begitu sahaja.
Ada di antara mereka itu yang meninggalkan da'wah tetapi tidak meninggalkan Islam...ada pula yang meninggalkan kedua-duanya sekali. Ada yang meninggalkan jama'ah dan mengasaskan jama'ah baru dan ada pula yang bergabung dengan jama'ah lain. Demikianlah berlakunya gejala dalam bentuk yang banyak dan berbagai-bagai keciciran.
Selain dari itu patut disebutkan bahawa gejala keciciran lebih banyak berlaku dan kerap dihadapi oleh 'barisan pertama'. Ia juga kerap berlaku kepada pengasas-pengasas gerakan. Walau bagaimanapun ini tidaklah menafikan yang orang-orang yang terkemudian juga berkemungkinan mengalami keadaan demikian.
"golongan yang tercicir di sepanjang jalan dakwah" - Fathy Yakan.
----
Mendengar rekording ustaz,
Ramai yang memberontak atau yang menjadi 'masalah' dalam jalan ini ialah mereka yang tidak diberitahu pada awalannya bahawa kita pasti akan diuji dengan ujian yang berat walhal itu janji Allah, kan?
Itu pasal, kalau kita tak ada mindset yang nanti kita akan diuji, cepat sangat kita gugur ! Terperanjat ! Susah nak terima !
Tengok sahabat, bila diberitahu akan ada ujian, mereka tersenyum lebar, "inilah janji Allah".
Itulah aqabaat dalam tarbiyyah.
0 mesej:
Post a Comment