1/16/13

Goyah

Hilang benda besar, benda lagi besar Allah gantikan. Apa lagi kau mahu?

Abang amir hilang laptop, tahu bila?
Masa dia tengah jadi imam dekat surau ktm. Beg diletakkan berhampiran dia. 
Elok tengah solat, habis bagi salam, tengok beg dah kena selongkar.

Laptop hilang. Habis segala projek, designs.
Bila masa kena curi? Bila tengah sujud. Siapa? Wallahualam.

Allah bagi lagi baik, Allah pilih abang pergi gaza.


Main point nya bukan pergi gaza,
Kalau kita rasa ada satu benda, super besar hilang daripada diri kita,
"oh duniaku makin gelap gelita, jalan keluar makin kecil nun tersorok"

Yakinlah, ada benda lagi super super superrrrr besar yang Allah akan gantikan.
Di sinilah iman diuji !

Bak kata ustaz, benda ini semua kita dah biasa dengar, dah lali.
Tapi pabila diuji, kenapa masih goyah?
Goyah seakan-akan tidak pernah disapa tarbiyyah, pelik bukan?


Bersabarlah,
Pusing ke belakang, 
Ingat detik air mata berlinang,
Di saat tiada siapa yang boleh meniup tenang,
Barulah kau akan terkenang,
Betapa Allah tidak akan meninggalkanmu seorang.
Bertahanlah,
Tidak lama lagi, kau akan menang.

Syurga.


----------------------

0 mesej:

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP