3/18/13

BFG

Alhamdulillah. 
Basah hati dek tarbiyyah Allah. Rasa nak lari tempuh dinding supaya jadi kuat.
Walaupun ohoi beberapa minggu lepas, boleh kata saya berada dalam satu tahap jatuh gaung punya gaung, terpaksa gagahkan diri juga. Takkan nak statik melayan 'syoknya' berada dalam gaung kut? Berlagak kuat sahaja la depan akhwat lain, walau dalam hati, Allah ja yang pinjam kekuatan untuk berdiri dan tampil gembira depan mereka.

Ini semua dunia. Wahai. 

Pengisian weekend baru ini, daripada akhwat bekas graduan UK.
Ah, kakak ini memang sempoi. Tapi kata-kata dia, macam petir memanah !

Tapi ini khas untuk yang dah nak BFG (Back For Good)
Err, satu simptom yang selalu berlaku ke atas golongan BFG yang sudah berjinak-jinak dengan dunia dnt ini, apa dia?

Hilang daripada radar.
Tak boleh nak detect pergi mana.
Melancong ke alaska mungkin? (oh itu sarkastik, gurau)

Eh dekat alaska pun boleh contact apa? -_-'


------------------------------------

Sebelum apa-apa pun, kita refresh balik sejauh mana kesungguhan kita laksanakan 2 tujuan hidup. Tak banyak. DUA sahaja. Tapi dua ini yang ramai failed.

Kita tengok eh, tujuan Allah hantar kita semua ke bumi Uncle Sam ini apa? (eh applicable ke negara lain ye). Allah bagi kemudahan kita untuk capai segulung ijazah, Allah bagi kemudahan kita dapat harungi segala erghhh benda-benda duniawi yang menyekat jiwa, semua ini kemudahan untuk apa ?

Ingat eh, setiap kurniaan Allah bagi adalah ujian. Supaya apa? Ah benda basic, supaya nak kita ini sedar, "kau ni tahu tak tujuan hidup?"

Jangan tertipu dengan cantik dan manisnya perhiasan dunia.

Rezeki segulung ijazah akan membuat kita inshaaAllah bakal menerima ujian demi ujian seterusnya. Eh kata hidup memang medan ujian, kan? 


Berbalik kepada simptom hebat daripada dulu sampai sekarang, ada beberapa tips daripada segi ke-survive-an kakak seorang ini.

1- Wajiblah STICK dengan usroh !

Sebab apa? Percayalah, kalau kita tidak stick dengan usroh, kita akan inshaaAllah dapat penyakit alzheimer. Penyakit alzheimer yang mana kita jadi PELUPA dengan SIAPA kita sebenarnya atas bumi ini.

Lupa tujuan hidup.
Alzheimer dakwah dan tarbiyyah.

Berlaku tahu? Ada seorang ukhti ini share semasa dia di satu program malaysia. Statistik orang-orang yang join tarbiyyah tapi hilang selepas balik Malaysia ialah daripada lebih kurang 200 orang, yang hanya kekal tsabat adalah dalam berpuluh sahaja. 

Wuuw wuu :(

2- Haruslah mencari kerja di tempat-tempat yang boleh menyelamatkan iman kita.
Nak kata, tempat kerja, suasana di tempat kerja, segala benda yang ada di dalam ofis itu (ie pekerja, rules and regulations, cara pemakaian, gaji) haruslah "membantu" kita.

"Takkan semata-mata nak dapat gaji RM10k, kita sanggup spent masa the whole years dekat neraka?"

Errr.

3- Sila make sure yang kita boleh mobile !
Carilah tempat untuk bermastautin di area-area yang senang untuk dapatkan public transportation. Lagi bagus, kalau reti drive. Oh haruslah pandai drive ye, ada seorang  ukhti ni share,

"disebabkan DnT lah, akak terpaksa juga beranikan diri pegang stereng dan drive !"


4- Pastikan hubungan kita kuat dengan akhwat lain.

Please, jangan nak try buat-buat hilang ye? Ada phone tapi tak berangkat, kenapa ye? Ada fb tapi tak respon, kenapa ye? Ada email tapi tak pernah reply, kenapa ye?

Itu yang ada muwajihah pesan, 

"Ingin kekal tsabat atas jalan ini adalah semudah mengangkat telefon"

Betul kan? Balik Malaysia tukar nombor phone baru, tak inform akhwat lain, itu yang susah itu. Check balik, kenapa di awal-awal kita mahu join gerabak ini? Betul ke starting point kita sebenarnya kita kata kita sanggup diperkudakan oleh DnT?


Satu ayat petir malam itu,

"Kalau Allah dah bagi banyak rezeki, tapi kita still 'alzheimer' tentang tugas kita, percayalah Allah sebenarnya tak nak tengok muka kita di syurga"


-------------------------

Dalam apa-apa pun, pergantungan total kita hanyalah kepada Allah. Bukan akhwat, bukan naqibah bukan sesiapa. Kita buat kerja penat lelah, bukan sebab nak naqibah notify kita sedang bekerja ! Katakanlah, kita kena campak di tempat orang asli sekalipun, Allah yang Maha Melihat ,adakah kita termasuk golongan yang bekerja itu !

Dan bukannya disebabkan naqibah.
Dan bukannya disebabkan ahli usrah yang lain.
Senang kata, bukannya disebabkan manusia.


Memang lah boleh jadi at one point punya rasa sangat penat, sampaikan rasa,

"naqibah aku ini tak nampak ke aku penat df adik-adik, penat handle program, lepastu sebok nak tegur itu ini?"

Istighfar
Istighfar
Istighfar
Istighfar.

Betulkan niat ye?

-------------------------
Chatting dengan kakak Malaysia, buat rasa nak terjun gaung lagi.
Terima kasih kak, sungguh, ini yang saya nak, teguran demi teguran ! :')

Kepada antunna [ err tahu kan anda siapa? :) ].

1- Jangan perasan lebih.

Kalau kita complain adik-adik tak kuat, adik-adik banyak problem. Satu soalan untuk kita,

"Macam mana adik-adik boleh jadi tak kuat , antunna sendiri  yang tak kuat sebenarnya !!"
"Ke kakak-kakak perasan kuat?"

Wuuu, muhasabah :'(

2- Kejar tarbiyyah.
Tolong, tolong kejar tarbiyyah. Kejar orang-orang yang boleh bantu tarbiyyah kita. Duduk sama-sama dengan dia ! Usaha perlu ada, inisiatif perlu ada. Takkan nak tunggu naqibah bagi arahan, baru terkedek-kedek nak buat? Banyakkan baca bahan berfikrah. Banyakkan hafalan. Kalau lambat, tinggallah. 

3- Pecahkan mindset.
Ya, pecahkan mindset yang dekat mana-mana pun boleh buat tarbiyyah, walaupun terpisah dengan sempadan. Tapi asas tarbiyyah tidak boleh kalau tiada muayashah. Itu satu kewajiban.

4- Bina ahli yang berfikir dan buat kerja, bukannya ahli yang jadi follower sahaja !

Ha yang ini payah sikit. Ramai follower dalam satu team sebenarnya kurang bagus. Kita mahukan ahli yang sama-sama berfikir, sama-sama sumbang idea, sama-sama bergerak. Bukannya yang jadi follower memanjang. Ikuttttt saja apa orang kata. Kita tak nak macam itu. Kita kena susun tenaga yang fokus, bukan sahaja meramaikan ! Kalau dalam satu-satu perbincangan, kita nak ahli yang berusaha memberi idea walaupun skop kerja dia tidak melibatkan perkara yang dibincangkan.

Simptom "Itu kerja dia, aku tak payah sebok-sebok bagi pandangan"
Dan ini berkait dengan simptom "aku tidak diperlukan"


Dan lama kelamaan, simptom 'hilang daripada radar' pun berlaku dengan bergaya sekali ewah.

Kita boleh nampak flow yang amat menarik sekali di sini ye , salah satu cara yang ada risiko tinggi untuk senyap daripada dnt.


5- "Tak pernah terfikir eh, kalau kita reramai sebenarnya kita dalam comfort zone?"


Soalan. "Tapi kan kak, kalau berpisah sangat pun, senang juga nak senyap"

Betul kan? Nak kata sini, kalau  kita tengok usrah yang ada 10 orang ke, memang susah nak fokus. Jadi, contoh ada 10 orang. Pecah kepada dua kumpulan. Satu group stay, satu group balik. Tapi kena ingat, out of 5 itu pun tak ada jaminan akan maintain, tapi dengan syarat inshaaAllah kita cuba, setiap ahli group kena duduk bersama, which is bina RI itu ! At least, jika ada seorang dua yang futur (nauzubillah), ada dua tiga orang lagi akan hidupkan dakwah.

Point sini ialah, strategi itu penting !

Satu teguran macam erkkk peluh baca,

"Ini lah antum, benda yang tak ada depan mata itu yang nak. Tapi apa yang ada tak dihidupkan"

Wuwuwu nangis.

Apa yang tak dihidupkan? Baca buku wasilah tarbiyyah tulisan ikhwan kita. 


p/s : Rasakanlah betapa specialnya Allah letakkan kita di sini , ya akhwat? :)
Kena kuat !


1 mesej:

Anonymous March 18, 2013 at 10:56 PM  

Syaitan selalu membisik2 kepada diri sampai muncul symptom2

'diri ini tidak diperlukan'

biarkan mereka yang hebat meneruskan kerja

pessimist y tidak elok utk DnT

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP