analogi bas.
Allahu Allah. Seminggu spring break, terrrlalu banyak yang Allah ketuk-ketuk bagi sedar diri ini ! Dalam banyak-banyak pengisian, ada satu pengisian yang betul-betul menyentuh hati sampai hampir banjir menangis. Tapi tahan nangis, mutarabbi ada di kiri dan kanan, control macho sikit ke ke ke.
-------
Hakikat Ibadah. Tak tahu kenapa. Bila disebutkan cinta kepada Allah, rasa betapa teruknya diri ini T___T Pengisian yang simple, tapi mesejnya sangat wuuuuuuwuwuwu :'(
Ada satu analogi usrahmate share yang buat rasa T___T
Ada satu bas. Dalam bas itu memang dah penuh dengan orang, nak masuk lagi memang tak boleh. Dijadikan cerita, bas ini pun bergerak. Di pertengahan jalan, ada seorang pakcik tua sangat, dah berumur, tahan bas ini untuk naik. Tapi pemandu bas tersebut tak nak berhenti dengan sebab bas dah penuh.
Okay, teruskan perjalanan.
Di tengah-tengah perjalanan lagi, ada seorang perempuan mengandung tahan bas sebab nak naik. Pun pemandu bas tersebut tidak berhenti sebab dah penuh. Penuh, mana nak muat dok?
Okay, teruskan lagi perjalanan.
Tiba-tiba ada sekumpulan anak kecil menahan bas tersebut. Lantas pemandu bas tersebut berhenti dan meminta penumpang yang lain berhimpit sedikit supaya anak-anak kecil tadi dapat masuk.
Maka, ada orang tidak berpuas hati. Kenapa pakcik tua tahan bas, tetapi pemandu tidak berhenti? Kenapa perempuan mengandung tahan bas, pun pemandu tidak berhenti? Tak adil sungguh !
Kan?
Maka dijawabnya pemandu bas tersebut ,
"Mereka anak saya. Saya sangat sayang mereka, takkan saya nak biarkan mereka tak naik bas?"
----------------
Nampak tak ibrah analogi?
Nak katakan di sini, kalau kita claim kita sayang dekat seseorang, confirm kita buat sehabis mungkin untuk orang tersebut. Yang pada mulanya nampak impossible, kita usahakan juga sampai dapat, sampai possible. Kan?
Sama la juga, kalau kita kata kita SAYANG, CINTA ke Allah, mesti sehabis mungkin kita usaha untuk gembirakan Allah. Tak kisah la apa jadi, kita akan all out , pastikan yang kita mampu dan sanggup berkorban untuk cari redha Allah.
Tapi.
Kita tak macam itu kan?
Persoalannya, cinta kita selama ini lebih untuk siapa? Manusia ? Bukan untuk Allah?
"Katakanlah, "Jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, LEBIH KAMU CINTAI DARIPADA ALLAH dan rasulNya serta berjihad di jalanNya, maka TUNGGULAH SAMPAI ALLAH MEMBERI KEPUTUSANNYA." Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik"
9:24
wuwuwuwu :'(
Terfikir, kadang-kadang sejauh mana pun destinasi, selaju mana pun berlari, kalau cinta kita sebenarnya bukan pada tempatnya, maka sia-sia sahaja sebenarnya.
--------------
Maka berlarilah akhwati,
Pergilah lari lebih laju.
Aku lepaskan.
Dan akanku lihat dari jauh.
Di saat engkau lemah, ingatlah kembali kenapa kita memilih jalan ini.
Kerana itu akan sentiasa membuat kita terus teguh.
InshaAllah.

0 mesej:
Post a Comment