Al Murabbi
Ustaz pesan, murabbi ini pemudah cara. Selebihnya terletak atas diri sendiri, nak ke tidaknya.
Tapinya,
Al murabbi, huwa al-qa'id wa al-uswah. Sang murabbi, dialah pemimpin dan contoh
Murabbi,
Pelihara jiwa dan mensucikannya. Sebab "medan pertama anda ialah diri anda sendiri. Bila anda berjaya ke atas diri anda, maka anda akan lebih mampu ke atas yang lain. Sebaliknya bila anda lemah melawan kehendaknya, maka anda akan lebih lemah ke atas selainnya"
Murabbi,
Wajib berakhlak mulia dan elokkan pergaulan. Sabar, lapang dada, lemah lembut,rendah diri dan mudah memaafkan.
Carilah bekalan ilmu yang bermanfaat untuk dirimu dahulu kemudian disebarkan kepada saudaramu. "Anda menjadi ustaz (guru) dengan menyebarkan ilmu"- Ihab.
----------
Perlu bagi talk dekat adik-adik maahad tahfiz tentang tarbiyah. Kepentingan tarbiyah. Allah nak tegur ini supaya lebih menghayati tarbiyah kut. Struggle juga nak tunggu penyusunan usroh.
Tapi ikutkan, ada masa ini boleh sahaja nak revisit semua bahan usroh dan dauroh. Jangan bila diminta bagi pengisian, baru terkial-kial nak menjiwai bahan, that is not okay, no good at all, serious.
Itulah, semuanya kembali kepada diri sendiri,nak ke tidaknya, kan?
0 mesej:
Post a Comment