Anda penyelamat (sila yakin)
Assalammualaykum WBT akhwats wa ikhwahs,
InshaAllah, inshaAllah, inshaAllah, semoga semua masih lagi ada semangat berkoba-koba tu harapnya, kepada yang baru balik daripada Cabin di Tennessee , semoga semakin membuaks-buaks ler semangat bila dah berjumpa dengan rakan seperjuangan yang lain dan harapnya proses mentajmik adik-adik berjalan lancar wa superb wa muntij sekali. Dan inshaAllah kalau ada kesempatan, kami di UB dan Stevens pula akan berjumpa akhwats region North dan Midwest nun jauh sana, inshaAllah!
Hmm perasan tak perasan tak keadaan dunia kita sekarang macam mana? Hangpa tipu la kalau cakap tak perasan, en ? Kalau tak perasan, kalau masih dalam dunia kelabumu itu, silalah bagi penampar dekat pipi sendiri sambil bermonolog, “hei hei, dunia dah semakin hancos wa merepeks, bangun ler!”
Terima kenyataan eh, sila terima yang kita sekarang memang berada dalam satu tahap yang mana dunia dah sangat teruk wa teruks wa terukss. Bagi contoh lah kan, kita tengok dunia perfileman Malaysia, rasa-rasa berapa % movie keluaran Malaysia yang betul-betul kita akan ‘tabik seperingggg’ tanda hormat ? Jangan terperanjat eh, kalau kita tengok filem Malaysia dah lebih kurang sama ja dengan filem holiwud boliwud ka apa. Itu realiti ! Ni tak mention lagi mentaliti sesetengah masyarakat, politik kutur wa kuturs, rasuah yang ‘derrhhh’ etc etc etc. Perasan tak , lagi teruk keadaan, lagi banyak sebenarnya kerja kita pikul ? Lagi berat? Cuba refer 2:30. Oleh itu kawan, nak tak nak, tak boleh dah nak main sorok-sorok dalam dnt ini, tak boleh nak main tarik tali kejap nak kejap tak nak, dan TAK BOLEH kalau kita akan buat dakwah bila kita dah siap buat homework ( eh? ) , kita tak nak dah jadi macam itu, kan? Kita nak moving forward, jadi lagi siriyus ! Kan kita semua dah tahu, esok pun kita tak pasti lagi hidup ke tak, haa itu pasal, setiap masa kita kena buat yang de bes, sekreatif yang habis! (buat lah lain daripada yang lain, kalau kakak usrah buat macam itu, kita buat la benda lain pula as long as we still convey the same messages, dok ? ). Sebab pernah dengar tak, lelaki yang ingin bertaubat pada jam 12, mati pada jam 11 (ni direct translation). Pernah dengar tak, pernah tak ?
Tapi sebelum tu, kena tanya, bila kita buat dakwah ni, apa sebenarnya kita nak daripada dakwah kita sebenarnya? Ana tahu, antum semua dah hebat dah , rasa bosan rasa nak tutup mata ja nak tutup telinga ja bila kena serang soalan macam ini, tapi elok la kita refresh niat, kot tersalah masuk lorong, siapa tahu?
Aku buat dakwah sebab ………… ? (isi tempat kosong)
Kalau sedar kan, ramai yang ada masalah persistent, ana sendiri ada masalah ‘persistent’. Dan macam mana eh nak atasi masalah persistent ini? Kadang-kadang kita terlebih laju, kadang-kadang kita dalam pace yang sedang-sedang, dan nauzubillah, ada kalanya kita rasa nak lenyap,invisible daripada jalan ini buat beberapa seketika, kan ? Ana tak tipu, ana pernah rasa !Jadi camnaaaaa nak buang shuhhhh jauh-jauh ? Kita kena ada matlamat hidup itu lah ! Untuk apa kita hidup?
“bosan, bosan, tak habis dengan ideologi tujuan hidup kau”
Memang lah tak habis-habis sebab kalau dah benda itu yang benda paling fundamental yeah dalam hidup, en ? Dan kalau kita dah terbang ka terapung fuyo sekalipun ka, tujuan hidup itu masih kena dipegang erat genggam betul-betul, sebab 2 benda itu macam GPS kita la, tak ada, nanti kehulu-kehilir tanpa tujuan, macam manusia yang mencari jarum hitam yang halus, dalam bilik bercat-kan hitam, dalam keadaan yang gelap, dan pada waktu malam, membutaaaa ja mencari-cari ! Bayangkan, bila tak ada tujuan hidup, 1st step pun dah salah, kan dah kata tadi TH ini bagaikan GPS. Kita kena make sure semua oranggg tahu tujuan hidup ! Sila lah membebel ke anak usrah masing-masing pasal tujuan hidup dengan cara yang berhemah wah wah, tak ada siapa nak halang, dan tak salah.
Kita kena jelas, semua matlamat kita yang kita nak tu, kita buat sebab kita nak redha ALLAH semata mata! Bukan buat sebab nak femes, bukan sebab nak digelar ‘hebat’ bukan sebab jawatan dalam organisasi ka apa ! Kita nak bebaskan tanah air islam tu sendiri ! Dan kita nak dirikan daulah. Cakap pasal tanah air ini, rasa-rasa tanah air Islam apa adek manness? IHAB kata, tanah air islam ada dua maksud :
1-Mana-mana negara yang ada orang islam, itu ialah tanah air kita.
2-Mana-mana negara yang dulu Islam pernah jejak even sekarang tak ada pun orang Islam dekat negara itu lagi, negara itu still tanah air kita ! Kita nak dirikan negara islam di situ ! Nak wujudkan UA!
Cuba tengok, negara mana kat dunia ni, tak ada orang islam atau tak pernah Islam sampai? TAK ADA KAN? Jadinyeee, kita kena la usaha, marilah bercita-cita besar untuk bebaskan tanah air kita tu ! (mimpi yang pasti jadi kenyataan, tak rugi pasang mimpi macam ini, sebab ini bukan mimpi syok sendiri)! Satu dunia ni ialah milik ISLAM ! Dan bukan takat bebaskan tanah air kita itu, tapi kita nak pastikan orang-orang dalam negara yang kita bebaskan itu, ditarbiyahkan juga !
Bila kita mention berdakwah, apa cara-cara kita? Camna kita nak sampai kepada matlamat kita? Cukup ke kita tulis blog ja ? Infaq ? Cukup ? Cukup ke dakwah kita through fb sahaja? Cukup keeee takat tu je? (Cukup tak bererti salah, dok? )
Bak kata ukhti super saiya ni, dakwah kita bukannya dakwah fb, bukannya menyampaikan video ke orang, bukan mesen potostat jeeeeeeeee. Tapi dakwah kita ialah dakwah menyalin segala bagai isi-isi apa yang kita nak sampai kan pada orang, kita nak sentuh orang-orang itu dengan sangat teliti, follow up. Kita tak nak buat dakwah yang mass production yang tak ada gerak kerja yang tersusun, itu bukan style dakwah kita !
Kita kena :
-Ada iman yang mendalam
-Pembentukan yang rapi
-Kerja yang terus menerus.
"Inilah ciri-ciri dakwah kita ! Kalau kita perasan, FB ni ada sifat tabligh (mampu menyampaikan). Kalau lah fb tu ada sifat tabligh, macam perasan tak, si penyampai itu pun kena ada sifat siddiq, amanah , fatonah ye dok?" -quoted-
Kejap, kita digress sikit. Kita kan , kita kena berhati-hati ya bila tulis status ka, post apa-apa lah, sebab orang membaca, dan orang meng-interpret. Dan jangan tak tahu, di sebalik berpuluh-puluh ratusan orang yang view profile kita, akan ada seorang yang akan stalk kita. Stalk semua benda kita tulis, semua benda kita post. Ehem ehem. MESTILAH NAQIBAH KITA! Wahaha! Ingat boleh senang-senang ja lepas macam itu ? No way no way :P Ana sendiri tahu, ada seorang naqibah ini ,dia memang stalk habis profile fb anak usrah dia ;) Jangan ingat naqibah tengah busy kerja, dia tak ada masa nak stalk fb anak usrah dia J
OK la sambung,
So bila kita dah mention pasal 3 ciri dakwah tu a.k.a inilah wasilah AM kepada dakwah kita. Inilah ‘bahasa roh’ kita ! WASILAH TARBIYAH pula, apa contoh? Usrah, halaqah, daurah, jaulah, muktamar, mukhayyam, tamrin, khatibah, jaulah, rehlah =) In order nak tarbiyah orang, kita kena guna wasilah ni, biar pelbagai. IHAB kata, semua cara boleh, tapi ada formula dia, ada benda yang tak boleh dipelbagaikan juga. Dalam bahasa simple nya, semua benda ada base dia iaitu? Ha pandai. Alquran dan sunnah ! Kita boleh ja create wasilah, tapi make sure, kena ikut cara-cara yang ikut islam tu ! Sebab kan, kita semua kena faham, dakwah kita ni, whatever benda kita buat kan, kita kena makesure kita sentiasa rujuk balik kepada BASELINE ! Contoh nya, apa baseline kepada decision kita, apa baseline daripada benda kita buat ini? Ya betul, dakwah kita fleksibel tapi bro kita cannot mulakan something yang fleksibel without ada benda yang menjadi baseline.(penanda aras , kan ?)
Kita tengok contoh sikit. Baseline Aminah :Usrah wajib buat hari-hari. Jadi, tak kisah lah apa benda pengisian Aminah nak buat, semua terserah tapi kena ada setiap hari.Kena ada guideline, kena ada polisi ! Haa banyak kali dah tulis ini, faham dok ? Sebab apa kena ada baseline? Supaya nanti kalau ada berlaku benda-benda khilaf, kita boleh ler mengundur perahu ke pangkal jalan untuk rujuk kepada baseline tadi.
Satu benda kan dalam dakwah, kita kena ada peta dakwah kita which is maratib amal, jadi dekat situ kita dah boleh imagine, dah ada target apa benda nak capai ! Semua orang nampak benda yang sama, iaitu UA itu sendiri, tapi setiap orang ada cara yang berbeza , dan dalam masa yang sama, kita totap disatukan based on benda asas tu =)
Satu benda kan dalam dakwah, kita kena ada peta dakwah kita which is maratib amal, jadi dekat situ kita dah boleh imagine, dah ada target apa benda nak capai ! Semua orang nampak benda yang sama, iaitu UA itu sendiri, tapi setiap orang ada cara yang berbeza , dan dalam masa yang sama, kita totap disatukan based on benda asas tu =)
Jadi whats ya problem? (sambil angkat-angkat kening macho sekali) Apa sebenarnya masalah kita sekarang? Kita ini terpaksa berdepan dengan masyarakat untuk nak buat perubahan.Dakwah kita dakwah kehidupan, kita memang nak tak nak, interact dengan orang. Kita nak capai UA, objek dakwah kita ialah masyarakat lah kan, takkan kerusi pulak (oh sungguh random ) Tapi masalahnya nya nombor 1, dorang ni tak nak berubah, begar , kogheh kopalo kalo hantok pon tak pocah (saya orang pure negeri sembilan, bukan orang utara). Ada orang buat dakwah dekat non muslim, kejayaan mendakwah non muslim bila orang non muslim itu revert kepada islam, hasil dia kita nampak kan? Kalau orang melayu, selagi depa tak rasakan islam itu is the solution, selagi tu kita kena berusaha untuk ubah depa ! Siapa kata kerja ini senang?
Ni personally buat saya sendiri berfikir, bila ukhti ini kata,
“ Selalunya org akan lebih interested bila kita buat kuliah yg inter-religion kan? Before kita dok seeeebookkk nak compare orang lain, baik kita sibuk betulkan masalah kita dahulu”
Masalah nombor 2 : Orang pandang kerja kita ni ialah kerja yang remeh, dan takkan mampu pun ubah dunia . Ala-ala “HEK ELEH HEKKK ELEHH POYO LETTEWW” punya kerja. Jadi macam mana kita nak ubah situasi ini? Kena la fikir ! Kenapa orang tak nak terima dakwah kita sebab depa rasa kita takkan mampu berjaya ! So kita kena pandai la cuit hati depa, nak ubah paradigma masyarakat terhadap kita. Bila kita kenal masalah, iA kita boleh cari ubat itu !
Masalah nombor 4:Kalau lah katakan dakwah kita berjaya, tapi ramai orang akan against kita, maka berlakulah tentangan secara fizikal, contoh macam kena seksa, kena penjara, kena exile, halangan berbentuk mental, macam saiko kita sampai kita rasa down. Benda ni memang berlaku ! Contoh paling obvious, Ikhwanul Muslimim, kena penjara semua, tapi Alhamdulillah, depa superb tabah dan kuat, sangat-sangat series dan konsisten !
Kalau rujuk 61:10-14, persoalan kat sini, adakah kita ini akan terus menjadi pembantu kepada agama Allah tu? Allah kata masalah-masalah ini semuanyaaaaa sunnatullah, tapi persoalan nya cik adik comel manesssss, adakah kita akan tetap jadi penolong Allah tu? Yes Islam itu akan naik, cuma kita yang pilih, nak join the gerabak, atau hanya melihat gerabak-gerabak itu bergerak meninggalkan kita yang terhuyung hayang dalam kekelaman ?
30:47-sila rujuk.
Ok, tadi kita tengok masalah, sekarang kita tengok, apa benda faktor yang boleh buat kita menang ? Orang jelas TH akan menang, percayalah ! Dan kerana kesucian niat kita, kita tak ada kepentingan duniawi, tak lain tak bukan semata-mata kerana Allah, jadikan every pushing factor itu ialah kerana Allah. Percayalah, bila kita ada pushing factor yang betul, semua kepentingan duniawi tu kita rasa kecik ! Biar dunia ini dalam genggaman tangan kita! Kalau kita jaga niat kita, kita lepaskan diri daripada mencari duniawi, inshaAllah inshaAllah kita akan bejaya !
Kenapa lagi kita akan berjaya dengan bergaya sekali ? Kita kena faham eh, memang manusia itu, keperluan dia ialah kepada Islam, no doubt. Dunia ini Allah dah ciptakan supaya semuaaa orang terima islam, so insyaAllah, kita akan berjaya, sebab manusia akan kembali kepada Islam tu sendiri, inshaAllah !Contoh, revolusi Syria, revolusi Arab, banyak lagi, nampak kan? Rakyat dah bangkit, rakyat nak Islam itu , sebab dorang dah nampak !
Rad’u : 11
Memang dunia ini nak akan Islam tu sendiri, and by the time dunia bersedia terima islam, kita pun dah hey hey bersedia sungguh nak bagi bekalan, kita dah readyyyy nak dengan ‘senjata’ ! Bukan nak tunggu depa dah terima, baru kita terhegeh-hegeh nak bagi !
Point akhir kita boleh berjaya : Kita ini ialah ummat terbaik, kita buat terbaik umtuk dakwah kan, inshaAllah. 2:138 (sibghatullah).Kita fahamkan analogi ini lah senang. Kalau kita beriman dengan shahadah yang kita dok lafaz setiap hari, kita akan cinta sangatttt dekat Allah dan rasul kan. Kalau kita cintakan orang, kita akan tertunggu-tunggu bila laaaa masa paling sesuai lagi aku nak bagi seperais dekat orang yang kita cinta itu. Bila kita sayang kepada seseorang, kita akan bahagiakan dia, kita tunggu dan mencari-cari peluang nak bagi hadiah ke dia. Bila kita sayang Allah dan Rasul, kita akan tak sabar nak tunggu apa yang Allah nak kita buat. Macam “ Apa lagi eh islam nak kita discover, apa lagi aku tak buat eh, apa lagi aku kena bersedia ini blablabla “. Sedar tak sedar, efek shahadah kita tu, hidup kita ni akan terbentuk through sibgah tu J
Apa yang perlu kita buat sekarang?
· Kena sahut seruan ! Jangan takut, jangan reluctant !
o 8:24 : Penuhi lah seruan Allah dan rasul di saat Dia menyeru engkau kepada sesuatu kepada ‘kehidupan’. Seruan yang memberi kehidupan !
o Kita kena tukar satu benda, kalau selama ini kita cakap, “ suko hati den la” kepada “ suka Allah la nak buat apa” sebab Allah lebih dekat dengan kita !
o Sambut seruan dengan penuh sopan santun dan semangat ! Semua orang boleh ja sambut seruan dakwah, tapi tak semua orang dapat sambut dengan sebaik-baiknya. Contoh, saya kata, “Aminah, Azimah, Aliah, esok ekau botigo bawak cokolat tok ese”. Dan esok bila ditunjukkan cokolat, semua akan bawa cokolat yang berbeza, ada yang mahal, ada yang murah, ada yang sedap ada yang pahit ada yang tak pernah tengok. Nampak tak? Cara penyampaian itu berbeza !
· Kena kukuhkan fikrah dan kesatuan
o Kita kena kukuh kan fikrah, tahu fiqh dakwah tu macam mana, tahu cara dia macam mana (dan tak boleh main belasah ja buat!) sebab kan, semua orang tahu buat dakwah, tapi tak semua tahu buat dengan cara yang betul! Ada yang sangat semangat, sampaikan dia melangkau step-step yang perlu dipatuhi, itu masalah. Kukuhkan kesatuan antara kita. Kita tak boleh kembangkan pemahaman sahaja, tapi kena kuatkan kesatuan antara kakak dengan adik etc. Kita kena yakin, Allah memang satukan kita, ada kelebihan masing-masing, akan complete kan each other awww so sweet! Semua orang ada potensi !
· Kena bekerja bersungguh-sungguh !
o Bersungguh-sungguh! Kita jangan dok 24/7 risau ja memanjang tanpa menghasilkan amal. Bila kita risau, dia akan occupy la masa kita, tapi at the same time, tak gerak apa-apa pun, ini pun agak agak ''hahahampeh". Tak kata risau itu tak boleh, tapi risau yang tahap melampau lampau itu, tak sepatutnya berlaku! Risau itu penting untuk muhasabah, dan muhasabah itu penting untuk menghasilkan amal J
Ingat, kita orang luar biasa, tak apa kita perasan sikit, tapi perasan yang positip, ok pe? =D



0 mesej:
Post a Comment