segar dan tegar !
Nah hadiah, yer hadiah untuk awak awak dan awak semua !
"They say : 'Come back, the country is good.' I say : 'I know but I need to do what I need to do. I need to learn English. I need to write perfectly. I need to talk well, so when I pray, I can pray to everyone,'" Masham.
Ini adalah salah satu artikel dalam The Spectrum, keluaran 28 Mac 2012. The Spectrum ini ialah surat khabar UB, semua content dalam dia ialah pasal UB ka, buffalo ka, yang berkaitan sahaja. Tajuk paling utama hari ini ;
" A Success from Sudan. Abuk Masham's journey from a war zone to a new life"
"I'm in health and human services, and when I leave here I want to take care of the poor," Masham said. "Not only in my country, but all around the country...I need to preach the Bible around the world."
Abuk Masham ini, mengikut apa yang dibaca, seorang kristian yang sangat kuat agama. Dia lari ke Amerika sebab nak mulakan hidup baru, nak ada mimpi yang baru. Tapi itu tak kisah lah apa pun, yang penting kita tengok, betapa sungguh-sungguh nya dia nak sebarkan ajaran dia itu ! Tengok usaha dia , apa dia nak buat? Susah payah datang US, kita tengok, dia ada misi dia.
Kita ini dok belajar jauh-jauh, jangan setakat ada ijazah sahaja bawa pulang, tapi kena ada risalah juga ! Kalau setakat ijazah tanpa risalah, memang 'harapan' ! Kalau orang muda muda cakap macam ini, "puiiiii ! ".
Tapi kita kan sopan, hihi.
---------------------------------
Ada satu hari ini, sedang berbincang dengan kawan, tiba-tiba datang seorang gadis (arab mungkin, tak pun kacukan india+arab ke?), datang menerjah, serius terjah !
" Assalammualaykum" sambil tersengih lebar.
" Walaykumussalam" membalas sengih, tapi lagi manis, ehem.
"Oh i'm just want to say assalammualaykum" sengih laaagi manis dengan gelak sopan sedikit, lepas itu terus pergi.
"...................." tergamam sekejap.
Waaaaahhhhhh dia sangat rasa izzah dengan islam itu ! Sangat !
Kita? Teringat dekat sekolah simpang pertang dulu, uishh senioriti jangan kata, kuat benar ! Sampaikan nak bagi salam dekat senior,
" Semekom kak smekom kak smekom kak" sambil tunduk muka takut kena tanya nama.
Smekom smekom smekom , apa smekom smekom, sekeh kang ! Cuba cakap betul betul sikit. Assalammualaikum kak ! *teguran kat diri sendiri, kebanyakan kami memang macam itu dulu, HUEH !*
----------------------------------
Mabruk kepada bakal akhwats kita, inshaAllah akan bergerak ke tangga kedua maratib amal tidak lama lagi :) Semoga antunna tetap tsabat atas jalan ini, jangan hanyut dan terus menghilangkan diri, jangan yer, ramai memerlukan antunna ! :)
Semoga lebih hebat hendaknya !
---------------------------------
Esok berkonferens riang !
3 mesej:
tapisan Allah or tapisan manusia?
kadang manusia terlalu sibuk menapis seolah2...hurm.. :(
apepun, All the best D&T :D
Kehadapan Anon :)
Personally bg ana, ana merasakan tiada istilah 'tapisan manusia' dalam dunia DnT. Mungkin kita boleh tukar word 'tapis' tu, kita tukar kepada 'santuni'? :)Kita tahu dok, Islam ni sangat sistematik, nak capai UA tu pun ada 7 steps, kena start daripada awal, baru inshaAllah kita dapat capai UA itu. Kalau individu muslim, ada cara nak capai, kita ada muwassofat tarbiyah, cantik kan islam :) Sangat sistematik. Jadi ana rasa (kita fokus ke dalam dunia DnT ya),tak ada pun menapis, tetapi mereka sedaya upaya ingin serve the best untuk semua orang.
Ana bagi analogi macam ini,
Kita bayangkan A, baru berjinak-jinak dengan tarbiyah. B dah lama masuk tarbiyah. C dah hebattttt dalam DnT. Bila ada program yang mana pengisiannya direka bentuk dan setaraf serta sesuai dengan level kefahaman C(yang dah hebat tadi), kita takkan nak bawa sekali A sebab dia masih lagi baru. Bahkan kalau kita bawa, bagi ana sangatlah menzalimi A, sebab sepatutnya A diberi pengisian yang sesuai untuk beliau.
InshaAllah,si A semestinya 'dijaga' dan 'dihidangkan dengan food' sangat yang sangat bersesuaian dengan level kefahaman, dan inshaAllah kita semua nak membawa semua orang sama-sama jadi hebat. Si A nanti kalau kita santuni dia dengan rapi dan teliti dan sistematik, tidak mustahil satu hari nanti si A akan jadi murabbi/ah yang sangat hebat.
Itulah, panjang pulak tulis ni. Tapi itulah, bagi ana, kita kena start daripada awal, dan tak boleh terus melompat jauh, sebab boleh jadi kalau melompat jauhh sgt nanti, ada benda yang sepatutnya 'di-grab', menjadi sebaliknya.
Semuaaa manusia mesti sama-sama menaikkan Islam =)
Asif jiddan. Biasa la kaum hawa suka membebel sikit :)
Eh tambah sikit lagi :)
Mestila kita tak nak tinggalkan kawan-kawan kita kat belakang, apatah lag nak 'singkirkan' kawan kita , kan :)
Post a Comment