Kerana Tarbiyyah
Kerana tarbiyyah ini berperingkat.
Tidak bermaksud awak ditinggalkan, tidak.
Kerana tarbiyyah ini berperingkat,
Tidak bermaksud awak disisihkan, tidak.
Kerana tarbiyyah ini berperingkat,
Tidak bermaksud awak dilupakan, tidak.
Kerana tarbiyyah ini berperingkat,
Tidak bermaksud awak tidak layak, tidak.
Dan kerana tarbiyyah ini berperingkat,
Tidak bermaksud awak dibuang, tidak.
Tidak sama sekali, ingat !
Pujuklah diri,
Tarbiyyah ini mengajar untuk punyai hati yang kental
Pujuklah diri,
Tarbiyyah ini mengajar untuk punyai hati yang ikhlas
Pujuklah diri,
Tarbiyyah ini mengajar untuk punyai hati yang redha
Dan pujuklah diri,
Kerana jalan ini mengajar untuk punyai hati yang sentiasa terbuka untuk di'tarbiyyah',
Walaupun terpukul, payah sedih dan susah.
Dan jangan lupa, "kerana tarbiyyah ini sangat teliti, sangat halus, dan sangat ber-seni"
:)
1 mesej:
huhu, post ni terkena kat diri sendiri dan dengan izin Allah memujuk hati ni atas apa yang berlaku pada masa lepas :P
Post a Comment