Takkan nak tinggalkan base yang rapuh ?
Bismillah, bismillah.
InshaAllah, kali ini hendak dikongsikan sedikit pengisian, err bukan saya yang bagi ye, jauh lagi tu nak sampai tahap super macam tu, tapi impian tu ada, siapa tak nak pembaikan dok? Rugi lar kalau tak ada pembaikan dalam diri, nanti nak bawa bekal apa menuju dunia yang lagi satu tu?
Tengok bilik, ingatkan dapat lah naikkan semangat sikit , penuh dengan kata-kata semangat bagai, khas nak final year, tapi sekarang bila pandang pun, rasa heartless. Ewah, kronik ni, yaaa tengah kronik -_-
Bila difikir, tak payah nak tengok jauh, tengok Rasulullah, tengok sahabat, betapa hebat diseksa, caci dsb. Kalau tengok sahabat, tangan putus lar, mata buta lar, kena itu ini, relek je. Ni manusia zaman sekarang, tak ada lar se-kronik-macam zaman dulu, ujian tak sehebat umat terdahulu, itu pun kita dah sasul sini sana.
Selalu juga berfikir, lagi tinggi iman seseorang itu, lagi kuat dia akan diuji. Kata nak jadi orang beriman, mesti lah di-test, ye dok? Ingat shorga tu panggung wayang ka nak beli tiket $10 terus dapat masuk ? Hatta Rasulullah dan sahabat yang dijamin masuk syurga sekalipun dah diuji dengan super hebat cubaan, ini kan kita yang tak tahu penghujung macam mana, jadi dekat sini la kita akan dinilai !
---------------------------
Kalau kita tengok kan, ada beberapa tema yang dapat kita cungkil daripada surah ke lapan belas. Iaitu surah? Kalau tengok ja nama surah ini , kita dapat teka dah, mesti ada kisah tentang ashabul kahfi dok? Kisah ini kisah pertama yang Allah ungkapkan walaupun ada lagi cerita-cerita lain dalam surah yang sama.
OK, kita go through sikit,
Ayat 9-26 : Cerita tentang ashabul kahfi
Ayat 32-38-46 (lebih kurang) : Cerita tentang pemilik kebun
Ayat 60-82 : Cerita Nabi Musa berjumpa dengan Nabi Hidir
Ayat 83-101 : Cerita tentang Zulqarnain dengan yakjuj dan makjuj
Persoalannya, kenapa Allah rangkumkan 4 cerita berbeza dalam satu surah eh?
Kita tengok satu-satu background cerita dalam surah ini ye. Tapi sekilas lalu ja lar, nak details, pergi baca novel cinta tu :)
1- Kalau kita tengok cerita yang pertama, cerita ashabul kahfi kan. Kita tahu ianya berkaitan pemuda-pemuda yang ketika zaman mereka itu ada seorang raja zalim, dan disebabkan itu merepa terpaksa bersembunyi daripada raja itu semata-mata nak selamatkan apa? Aqidah mereka, semestinya ! Dan disebabkan raja ni dok continously buat penindasan, Allah arahkan pemuda ini untuk pergi cari perlindungan ke dalam gua. Dan kalau kita baca cerita ni, depa ini tidur ja, dan depa sendiri tak tahu berapa lama depa dah tidur, ada yang kata sekejap, ada yang kata dah lama.
2-Kisah tukang kebun. Haa untuk tukang kebun, Allah bagi perumpamaan, cuba tengok ayat 32. Seorang yang kufur, seorang lagi mukmin. Yang si kufur ini bongkak yang amat, wahaaai. Dia dok rasa kebun dia takkan binasa sampai bila-bila.Tapi at last ,kebun yang dia dok banggakan tu, hancus dan musnah. Jadi point dekat sini, si pekebun yang bunggkak itu memang tertipu dengan 'kekayaan' kebun dia lar, kan?
3- Kisah Nabi Musa menuntut ilmu dengan Nabi Hidir.Glemer cerita ini, kalau nak tahu lar :) Dalam peristiwa ini kan, ada baaanyak cerita-cerita ganjil. Contoh apa? Haa ada cerita pasal depa naik perahu, lepas itu perahu dibocorkan lar. Dan kenapa nak bocorkan? Cuba check sendiri ye. Lepas itu ada pasal Nabi Hidir bunuh seorang anak lar, kenapa bunuh? Check sendiri. Dan last sekali pasal apa? Check sendiri, lagi, yer rajin kan lah selak quran tuh =)
4- Kisah Raja Zulqarnain, kisah ini kita tahu yang dia berjaya tangkap yajuj dan majuj, dengan cara teknologi yang dah diilhamkan oleh siapa kalau tak Allah dok?
------------
Based daripada 4 surah ini, apa kaitan depa ye?
Actually, kalau kita lihat kan, surah ini turun selepas surah al-isra' yang mana ayat 1st surah itu ada disebut pasal israk mikraj, en? Jadi surah al-kahfi ini turun sangat berdekatan dengan peristiwa hijrah. Nak kata, Allah nak beri peringatan yang cabaran yang bakal depa lalui ! Erm, dapat tak kaitkan relation daripada 4 cerita nih? Apa tema depa berempat? Sebabnya kan, 4 cerita ini sebenarnya nak menggambarkan fitnah utama yang manusia hadapi dan memang pun akan hadapi dalam kehidupan !
Kalau cerita Nabi Musa dengan Nabi Hidir, mestilah dikaitkan dengan fitnah ilmu, kan?
Kalau cerita Ashabul Kahfi, apa fitnah yang dapat kita kaitkan? Haa fitnah atas dasar aqidah.
Kalau cerita tukang kebun tu pula, kita kaitkan dengan fitnah kekayaan, sampaikan si pemilik kebun yang kufur tadi itu sanggup pergi claim yang kebun-kebun dia impossible untuk dimusnahkan. Ewah ewah, berlagak you ! Kiranya nak kata si tukang kebun ini dibelenggu dengan fitnah kekayaan lar dok?
Last sekali kalau pasal Raja Zulqarnain itu, kita boleh kata ia pasal fitnah politik/pemerintahan. Zulkarnain ini,dia seorang pemimpim yang adil dan dia tahu yang Allah lah Maha Berkuasa, dan Zulkarnain at the same time tak rasa pun dia yang meng-control semua, even though dia adalah seorang ketua. Simple word, "dia sedar diri lar".
Jadi nak mention dekat sini, semua keempat fitnah ini memang akan dihadapi oleh siapa ?Kita lar kan, fitnah di dunia. Tapi cuba fikir, sebenarnya apa yang menjadi core kepada fitnah-fitnah nehhh? Fitnah ini macam satu benda yang tidak diketahui, dia ambil something yang tak ada kepada ada.
Zoom ayat 50, Allah ada berfirman, in between ayat 47-53, perasan tak ada cerita pasal hari kiamat dan kedurrrhaaakaaan si iblis? Jadi point penting sini kan, fitnah ini bahayanya sebenar-benarnya datang daripada hasutan shaaayyton. Si syaitan ini depa kerja memang nak hasut ja, nak hasut kita, hasut hawa nafsu kita ! Dan memang lar kita kalah teruk kalau kita tak pagari diri kita, nanti end up kita memang susceptible kepada hasutannnn dok?
Zoom ayat 50, Allah ada berfirman, in between ayat 47-53, perasan tak ada cerita pasal hari kiamat dan kedurrrhaaakaaan si iblis? Jadi point penting sini kan, fitnah ini bahayanya sebenar-benarnya datang daripada hasutan shaaayyton. Si syaitan ini depa kerja memang nak hasut ja, nak hasut kita, hasut hawa nafsu kita ! Dan memang lar kita kalah teruk kalau kita tak pagari diri kita, nanti end up kita memang susceptible kepada hasutannnn dok?
Kalau kita tengok fitnah kekayaan, dia datang dan tunjukkan yang macam kita inilah pemilik kekayaan, ha ha aku kaya aku kaya aku kaya ! Walhal, Allah yang pemberi kekayaan tu dok? Allah lah yang pemberi rezeki tu dok? Kita kena ingat, tak ada benda pun milik kita sebenarnya, kita sendiri ni pun, kepunyaan Allah, masakan nak claim ada benda lain milik kita, en? Tak malu nye. Itu pasal bila kita kejar habuan dunia, orang kata dunia ini fitnah ! Faham ka? Ingat balik, dunia ini pun Allah yang punya, memang impossible untuk kita nak miliki pun, itu yang kita kata, dunia ini fitnah. Haa nak lagi faham, kita macam ingat benda itu as kebenaran, macam anak-anak kita lah kan contohnya, kita rasa anak-anak tu kita yang punya, lepas itu kalau dah ditentukan ajal, kita meratap bagai nak rak nak tunjukkan anak itu kita yang punya, walhal lupa ka yang Allah bagi pinjam ja tu. Kan?
Jadi tujuan dekat sini kan, Allah ajar kita macam mana nak selamatkan diri daripada semua fitnah ini.
Kalau kita digress, kita tengok keadaan di Mesir. Mereka sebenarnya berada dalam keadaan yang super genting, even though IM dapat pegang tampuk pemerintahan kan, tapi mereka tak boleh nak senang duduk sebab anasir jahat still mencengkam, masih nak buat benda-benda pelik, nak sabotaj lar dsb (nak kata anasir-anasir jahat try nak tabur fitnah la tu). Jadi IM sangat bahaya, sangat kritikal. Kalau mereka successfully control semua, inshaAllah Islam itu akan makin dekat, tapi kalau mereka tersilap langkah, kerja mereka selama berpuluh-puluh tahun akan berakhir macam itu ja. Tapi kan inshaAllah selama 84 tahun tu, ramai dah diseksa, penjara bagai, inshaAllah mereka semua dan sedia nak hadapi fitnah yang lagi besar ! Hebat kan IM?
Surah ini juga en, sangat sesuai lar untuk kita perhatikan dunia sekarang berada dalam transisi yang mana dah banyak ulasan yang orang dah sedar pasal Islam sebab depa lihat Mesir ini ada improvement besar untuk Islam. Islam dah makin berpengaruh, makin meningkat. Perasan tak, kemenangan Mesir ini macam semboyan yang dibunyikan semasa peperangan ? Ohyeah !
--------------------
Jum kita tengok tips nak hadapi fitnah nih,
1- Aqidah.
Ini benda paling penting lar, aqidah. Aqidah ini nak kata macam bahtera penyelamat, tahu? Jadi, kalau kita tengok kan zaman sekarang, bahtera nak selamatkan diri kita ialah through persahabatan di antara orang-orang yang soleh. Kalau dekat US ini, dah bertahun duduk, katanya dah pandai jaga diri, tapi kita kena faham, Allah kata bersama-samalah kita dengan orang-orang yang beriman ! Contoh eh, kalau orang beriman ini ialah orang-orang yang berusrah, orang yang rajin pergi masjid, orang yang suka baca quran, haa then kita kena lar bersama-sama dengan orang-orang macam nih. Biar lah orang kata, "kau ni bosan lar, asyik pergi program, kau ni bosan lar asyik-asyik geng dengan orang baik, kau ni sumpah bosan lar asyik-asyik pergi jemaah kat surau bla bla bla bla bla bla"
Kita? Relax ja. Like I care kan, depa kata macam tu? Sebab apa? Sebab persahabatan dengan orang-orang soleh lah yang akan mampu menjaga kita daripada fitnah, dengan izin Allah ! Bukti, pergi tengok cerita pemuda kahfi tu. Bukan sekadar orang soleh, tapi dengan orang-orang yang ada kefahaman ! Jadi , memang rugi lar kalau kita sesama akhwat / sesama ikhwah, tapi takut nak tegur kalau ada buat silap. Sepatutnya lah kan, akhwat/ikhwah tidak akan merasa sikit pun terasa hati, atau takut nak tegur, tak ada pemikiran "ooo aku tak femes lar, so aku rasa tak layak nak tegur presiden" atau " aku tak bawa usrah lagi larr, apasal pulak aku nak tegur naqibah, walhal aku tak ada experience pung"
Tak boleh la macam tu kan?
Lepas itu, kita mesti lar nak ada persahabatan yang ingatkan kita pasal akhirat. Ni tak, tengok muka kita, teringat kpop, ERRR ?
Honestly bagi saya lar, tak tahu nak komen apa, bila ada akhwat yang masih melayan kpop (akhwat ke tu?) melayan drama korea, melayan drama cintan cintun yang tah apa-apa, walhal kat luar sana tu, sumpah berjuta orang lagi memerlukan, masih mencari-cari kebenaran ! Huu saya super serius dan sangat bertegas part ini, memang saya geram kalau ada yang masih leka dengan hiburan yang tak bawa faedah langsung pun dekat jalan dakwah ni ! Maaf lar bila saya tulis nih, tapi bagi saya, kena pandai-pandai lar fikir sendiri, mana benda penting untuk dnt, mana benda yang useless, mana benda yang membuang masa, mana benda yang sumpah pelik kalau akhwat buat dsb. Bila dah ada 'kefahaman', kenapa tak praktis kan ?
(sekali sekala bertegas, apa salahnya)
2- Kekayaan
Macam cerita tukang kebun tu kan, kita kena bina dalam diri kita untuk tidak melekat dengan dunia ! Macam mana? Haa dengan cara kita betul-betul FAHAM dan HADAM tentang apa hakikat dunia ini ! OK, kalau kita tengok 42:20, faham tak sebenarnya macam mana dunia ni? Kalau kita terhegeh-hegeh kejar kekayaan dunia, Allah akan bagi sebahagian ja! Contoh lar, kita rasa si Bill Gates tu super kaya harta lets say 100billion, tapi kita kena faham, sebenarnya harta dia ada tu hanya a portion ja !
Kita inshaAllah eh orang beriman dan berusaha untuk memperbaik diri, kita jangan khuatir lar, kalau Allah nak bagi kita 100 ribu, dan itu ialah maksimum dah kita rasa, tapi Allah boleh senang ja bagi lebih daripada itu !
3- TAWADUK
Haa sikap tawaduk nak atasi fitnah ilmu. Kita kena tundukkan hati dan kena sedar yer, sila berpijak atas bumi yang nyata, kita jangan ego sangat lar, jangan nak rasa kita tahu semua benda. Imam Ghazali kata kan, nak didik perasan tawaduk ini, apa ulama dulu buat ialah? Depa basuh tandas awam , tahu tak? Supaya depa ada satu perasaan " ini lah selayaknya aku!". Memang betul, tandas ialah satu tempat yang kita malas nak basuh, tapi sebenarnya pekerjaan yang paling merendahkan diri yang Imam Ghazali dan para alim ulama buat dulu ialah basuh tandas, sebab nak didik jiwa tu, "Haah kau jangan fikir kau belajar tinggi mana ke, selayaknya kau ialah bersihkan tandas ni ja!"
4- IKHLAS
Kena kena kena tanam sifat ikhlas ! Teringat ada seorang ukhti ini, sebelum dia balik Malaysia, dia ada bagitahu, dia sangat risau kalau ada antara kita buat kerja tapi tak ikhlas. Sangat risau, sebab ikhlas itu crucial, super crucial. Allah sentiasa pandang perlakuan kita ! Jadi kalau kita tengok ayat 95 pun, Zulqarnain sedar diri, dia menyandarkan balik diri dia kepada Allah ! Dia tak claim pun kehebatan dia ada datang daripada diri dia sendiri (yang ni more kepada tawaduk actually, bukan sekadar ikhlas sahaja). Dan kalau kita selak ayat 103-105, siapa orang yang paling rugi perbuatan dia? Nak kata kat sini kan, nak ada sifat tawaduk ini, kena ada sekali keikhlasan itu ! Kalau kita betul-betul ikhlas buat baik, kita takkan jadi hipokrit dok? Itu yang kalau depan buat baik, tapi dalam hati niat lain, itu yang termasuk orang yang rugi tu, kufur dengan perjumpaan dengan Allah ! Ada dalam post before ini dah saya tulis pasal ayat yang sama.
Dan tak lain tak bukan, nak jaga diri daripada fitnah, sila jaga alquran. Ni bukan jaga quran maksudnya simpan elok-elok atas rak tu, ni maksudnya kita berpegang teguh dengan isi di dalamnya ye.
Last sekali, kit reflek balik sama-sama lar, tahap tarbiyyah kita macam mana. Kita patut, wajib bina sifat-sifat ini dalam diri kita, seorang daie tak boleh ada dalam diri dia fitnah terhadap aqidah, that's why aqidah kita mestilah aqidah yang sejahtera ! Then, daie kena ada sifat tawaduk, jangan nak berbangga dengan apa yang kita ada, apa yang kita ada semuanya dari Allah. Lagi kita kena sedar, nikmat kekayaan yang kita ada, walau kais pagi makan pagi kais petang makan petang pun, itu rezeki Allah bagi ! Dan juga, bila dah berada dalam sistem tarbiyyah, kita akan diexpose kan kepada kepimpinan, dan kita kena mainkan peranan sebagai pemimpin, peranan sebagai murabbi la dok? Qoid, walid, sheikh, dan ustaz.
Jadi kita ni, nak tak nak kena lar embrace kan peranan ini semua, macam kan ramai lepas ini yang baru fly ke US ke, haa masa ini lar main peranan, cekup depa, bawa UO (usrah online, yerr kat US ini style usrah online disebabkan geografi yang impossible untuk buat usrah darat melainkan ada takungan mad'u di lokaliti masing-masing, itu wajib membawa usrah lutut-ke-lutut). Tapi kita kan akhwat, tak boleh lar nak sentiasa dalam comfort zone, nak selamat dekat universiti masing-masing, dekat lokaliti masing-masing ! Kita kena juga tengok kepada keperluan tenaga kita, kita kena belajar banyakkan memberi, kena bantu kawasan-kawasan lain, sebab apa? Sebab masa kita dah suntuk !
Takkan nak balik Malaysia tanpa meninggalkan base yang utuh dan kukuh ?
------------------------
Selamat hari raya, maaf selama berkenalan, saya terkasar bahasa, terjeling ka apa, termarah, dan segala ter-ter-ter yang tidak sepatutnya. Ini ada sedikit gambar open house kami.

0 mesej:
Post a Comment