semut dan gula
Assalammualaikum ;)
Alhamdulillah, pengakhiran semester spring. Walaupun masih ada berbaki, tapi inshaAllah kena super yakin Allah dah tentukan yang super duper terbaik kan. Jadi cool ja lah, kalau nak gelabah pun buat rugi diri sendiri ja =) Seorang mukmin itu sepatutnya sentiasa tenang =)
InshaAllah share sikit perihal BM. Apa pun, ini hanya sharing simple dan short sahaja ya, kalau nak tahu lebih lanjut, tanya dekat ikhwah akhowat yang lebih pakar dan lebih berpengalaman ye. Memandangkan ramai yang inshaAllah on the way untuk melangkah ke next step, jadi preparation wajiblah ada, sebab kita ini nak membina ummah, bukan nak bina cinta-cinta-dua-hati ja.
By the way, rasanya semua orang dah tahu apa preparation perlu buat kan? Saya nak share sikit ja (bukan hal 'teknikal', tapi 'software'), sebab dapat daurah ini daripada akhwat kita setahun lepas rasanya. (adeh, ni kes perap ilmu, sungguh tidak patut)
Apa pun, saya bukanlah orang yang paling layak nak tulis pun tajuk ini, tapi since dah pernah dapat, sebarkanlah ilmu dok ? =)
Bismillah.
Rumah Tangga Du'at Cemerlang (cewaa, tajuk dia:P)
Sebab apa nak berbaitul muslim sebenarnya? Ha kena sangat-sangat clear kenapa nak ber-bm. Kalau benda ini tak settle, sila lah settlekan dulu. Sebab kalau permulaan kurang clear, kabur-kabur, timbul tenggelam ja sebab nak ber-bm, entah lah, cuba kita fikir sebenarnya betul ke nak ber-bm? Iye ke series nak ber-bm ? =) Jom, revise hadis pertama. Crucial kut niat tu kan ?
Saya nak berbm sebab nak jaga hati
(hmm betul, tapi ada benda lebih besar kena fikir)
Saya nak berbm sebab saya nak ada penyambung generasi
(hmm betul betul betul, tapi ada benda lebih besar kena fikir)
Saya nak berbm sebab saya rasa saya dah ready
(Hmm boleh jadi betul, tapi ada benda lebih besar kena fikir)
Saya nak berbm sebab saya nak lar, sebok je nak tahu
(Saya sayang la sebab tu saya sebok, nanti jangan menyesal :P )
Hoo gurauan contoh last sekali itu.
Apa pun, kena sangat teguh. Aim kita redha Allah, dan itu seharusnya benda pertama sebagai priority kita. InshaAllah harapnya tahu kan apa benda kita kena aim, apa sepatutnya menjadi niat kita berbm? Dan kita kena faham, bila dua jiwa bergabung, harapnya kita dapat laksanakan perintah Allah dengan baik sekali. Jangan tertipu dengan godaan-godaan syaitooon yang sentiasa nak twist kan niat kita ber-bm. Sepatutnya kita tahu kita ada 'agenda' besar yang menjadi base case kita berfikir untuk ber-bm.Pergi lah tanya ikhwah akhwat, atas dasar apa mereka ber-bm, inshaAllah kita pasti jumpa pencerahan :)
(Hm perkataan 'redha Allah' itu pun dah sepatutnya justify setiap pergerakan amal kita daripada start berniat sehingga pengakhirannya, sepatutnya lah.)
Macam saya belajar satu subjek proving mathematics, kalau base case salah, the next step inshaAllah ada probability tinggi untuk salah juga. Base case sini = niat kita.
Dia macam berantai. Niat berkait dengan individu itu sendiri, dan niat juga sangat berkait kepada banyakkkkkk benda-benda lain. Contoh, iman kita, amal kita. Simple nya nak kata sini, jika individu muslim rosak (which is akarnya niat), bm akan rosak, seterus-terusnya ? (saya tak kata komfem akan rosak, sebab niat boleh sentiasa diperbaharui kan. Cuma kita mesti nak punyai permulaan yang suci dok? Dan kita nak jadi mukmin yang ber-orientasi-kan tidak lain hanyalah kepada Allah kan ?) Tarbawi, memang patut pun, bila lagi? Ini kalilah.....kita tajdid niat !
Dan bila bercakap perihal individu muslim, kita akan faham perkaitannya dengan 7 maratib amal. Jatuh bangunnya BM adalah based kepada persediaan individu. Dan penyediaan diri haruslah didasari dengan iman fillah. Mulanya dengan satu jiwa dan bergabung dengan jiwa lain, maka di sinilah kita boleh tengok sejauh mana pasangan itu berjaya menyumbang kepada next-next-next tangga maratib amal.
Jadi jom muhasabah, di mana tahap kita sekarang sebagai individu muslim? Kita kata nak ber-bm tapi sejauh mana kita dah prepare? 'Prepare' di sini kita boleh takrifkan dalam banyak perkara. Tapi kita fokus kepada, sejauh dan seserius mana komitmen kita dengan Allah? Sejauh mana kalau kita mengaku kita adalah abid yang taat? Sejauh mana kita betul-betul berpegang dengan 'janji' kita kununnya nak baiki diri semata-mata nak kejar redha Allah, nak banyakkan membaca lah, nak banyakkan menghafal lah, itu lah ini lah.
Itu semua sangat berkait dengan soal keimanan.
Dan mengapa kamu tidak beriman kepada Allah, padahal Rasul mengajak kamu beriman kepada Tuhanmu? Dan Dia telah mengambil janji (setia) mu, jika kamu orang-orang mukmin (hadid : 8)
Balik-balik cakap perihal iman. (habis tu nak cakap perihal apa lagi kalau dah ini foundation nya?)
Kan?
--------------------
Ok sekarang kita fokus kepada proses taaruf.
Saya tulis secara general ja, perihal 'teknikal' nak taaruf ini, mungkin kita hold dulu. Itu kita cakap belakang tabir ye. Cewah macam la ada pengalaman :) Tak lah, tapi sebabnya saya pernah bertanya dekat abang saya yang dah lalui =)
"alergik habuk tak?"
Pun boleh, itu namanya taaruf, wahaha.
Ok serius serius,
Seorang mukmin tiada alasan lagi untuk ragu-ragu dengan janji Allah. Kalau Allah kata 'NO', maka "no" lah jawapannya. Kita tidak akan complain, kita tidak akan salahkan orang lain, tidak akan salahkan naqib/ah lah, salahkan itu ini. Percayalah, hikmah itu ada tersingkap disebalik ke-tidak-jadian proses menuju kepada bm.
Boleh jadi kita belum cukup bersedia, kerana bm ini menuntut banyak benda. Perlu honest dengan pasangan, perlu pegang amanah yang berat, perlu banyak bersabar dengan karenah pasangan. Tuntutan lebih besar, banyak dan berat ! Faham kan? Kita tak nak tergolong dalam golongan munafik. Bila diberi amanah, kita khianat. Bila berjanji, dicapati. Eh...? Kita tak nak jadi orang suka bertengkar. Kita tak nak tergolong dalam golongan yang meragukan janji Allah. Bila tak dapat, kita berpaling, salahkan itu ini. Bukankah itu sifatnya munafik? Banyak lagi. Cuba baca cerita orang munafik, 57:13-14.
Ada satu pasangan ikhwah akhwat ini cerita,
"honeymoon kami ialah bila pergi program sama-sama"
Sebab apa? Tuntutan ummah sangat banyak, sehinggakan masa untuk bersama terbatas.
Ha itu sebab Allah nak kita betul-betul well prepared nak hadapi peluru-peluru yang boleh 'jatuh'kan kita jika kita tak bersedia.
Jadi, sangat banyak hikmahnya satu proses itu tidak menjadi, percayalah, dan berlapang dada lah. Eh ada seorang naqibah ini pesan, kita tak nak sepanjang proses taaruf, kita di-influence oleh perasaan suka. (ok sila hadam ye statement ni)
Lepaskanlah diri daripada segalanya melainkan Allah =)
Lepaskanlah diri daripada segalanya melainkan Allah =)
Lepaskanlah diri daripada segalanya melainkan Allah =)
Di sini, konsep tawakal dan redha itu akan diuji dengan hebat sekali =)
Ok?
Sebab percayalah, sepanjang proses taaruf, syaitan tak putus-putus buat kita rasa serba salah lah, rasa ragu-ragu lah, rasa nak tarik diri lah, rasa itu ini. Dan ini berbalik semula sejauh mana kita teguh dengan niat asal kita.
Dan sepanjang proses ini juga, jangan teringat-ingat, tundukkanlah pandangan dan haruslah sentiasa tajarrud niat ! Berdoalah kepada Allah supaya Dia men-tabir-kan hati kita dengan iman, inshaAllah. Penting kita kena pastikan proses ini berlaku dengan 'suci' dan cara yang betul. Itu sebab, bila kita tidak melalui proses yang 'selamat' dan tidak bersandarkan kepada yang betul, natijahnya kita boleh tahu kan? Efek kepada ketidak-menjaga proses untuk berbaitul muslim terkait dengan maruah individu, terkait dengan proses tarbiyyah dsb. Ye, sangat berkait, mungkin kita tak nampak, jadi try la buat sekali baru dapat rasa :) EH gurau !
Peliharalah proses-proses untuk membina baitul muslim ini sebaik yang mungkin. Ya perliharalah kerana apa? Banyak sebab-sebab yang sepatutnya menjadi sebab kepada kita. Apa-apa pun, sebab Allah, tak ada sebab lain.
Jagalah Allah, Allah akan menjaga kita =)
Meh nak conclude balik.
1- Niat. Niat tu mestilah niat yang betul dan clean dan clear.
2- Preparation diri sebagai individu muslim sangat penting kerana individu muslim yang menjadi batu-batu kepada pembinaan yang lebih besar.
3- Jika diizinkan Allah untuk bertaaruf, maka yang pertamanya kena yakin bahawa Allah sudah menyusun plan-Nya dengan terbaik sekali. Maka berlapang dada dan tawakal dengan apa sahaja yang akan berlaku.
4- Sepanjang proses taaruf, tabirlah hati dengan iman.
Bila memilih pasangan,
Lelaki memilih wanita berdasarkan harta, keturunan, kecantikan dan agama. Tapi untunglah mereka yang memilih pasangan kerana agamanya :)
Wanita memilih lelaki, berdasarkan agama dan akhlaknya :)
Okkaaai?
Wallahualam
p/s : Tak kisahlah berbaitul muslim ketika umur muda ke tua ke, point nya kena faham konsep Islam itu macam mana.
4 mesej:
saudari, sungguh matang :)
Best gak klu wat tajuk daurah "Apabila Semut Bertemu Gula"
Ingatkan Daurah di PSU pasal semut dan gula tu. Rupa2 benda lain daa...
ehem. uhuk-uhuk! ;)
Post a Comment