Bekalan di jalan dakwah
Kita kena berazam untuk menggiatkan dakwah ! Orang yang ada ilmu through tarbiyyah, tidak akan keliru antara kebenaran dan jahiliyyah.
Pesanan daripada ustazah. Fikir-fikirkan ye.
Share sikitlah perkongsian daripada ustazah "rahsia". Siapa yang cakap tak penting, apa yang dicakapkan itu yang kita nak perhatikan dan hadamkan :)
Dalam buku Usul Dakwah penulisan Dr. Abdul Kareem Zaidan (cari lah hardcopy buku ini, sangat best! ), beliau ada ketengahkan perbincangan mengenai topik dakwah (ie islam, aqidah, ibadah etc), ada bincang perihal daie (ie pendakwah, siapa, ciri-ciri, bekalan, akhlak seorang daie etc), dan ada bincang perihal mad'u (ciri-ciri etc etc etc).
Dan dalam banyak-banyak perbincangan bekalan daie untuk dakwah, beliau ada mentioned 3 perkara.
1) Kefahaman yang super halus sehalus-halusnya (bukan faham yang biasa-biasa tu)
2) Iman yang mendalam
3) Hubungan yang erat dengan Allah
Kalau cakap perihal kefahaman, mestilah kita perlu ada kefahaman yang jelas, tak kabur-kabur, yang tak 'lain macam' dok? Sebab kefahaman ini yang kita nak serap haa serappkan ke dalam pemikiran orang lain. Bahaya kut kalau kefahaman kita tak clear, nanti entah apa-apa kita bentuk mad'u kita :P Dan, kita sendiri kena super yakin dengan apa yang kita nak bawa ini. Dan juga, kita ini nak mengajak manusia ke Allah, bukannya nak mengajak ke diri kita, maksudnya kita sendiri kena ada hubungan yang tip-top dengan Allah ! Pelik la dok, kita pom pam pom pam check mutabaah amal anak usrah kita, tapi at the same time, kita nya ?
Kita tengok eh, pertama sekali, kenapa perlu ada bekalan? Nak buat apa sebenarnya bekalan? Kalau kita berjaulah, bawa bekal dok. (tapi belum apa, baru start jalan dah habis makan kannn :D )
Benda bekalan-bekalan ini rasanya kita semua clear kan kenapa perlu ada? See, kita nak ajak orang kepada Allah, macam lebih kurang kita menjual barang kita. Kita nak 'jual' benda yang ada dalam quran, nak tunjukkan islam itu. Jadi kita faham dok, bilamana kita ingin menjual barang, kita haruslah tahu benda apa yang kita nak jual itu, kan?
Jadi, bekalan yang kena ada,
1) Kefahaman yang halus (Al-Fahm al-daqiq)
Ada pepatah arab kan, "Orang yang tidak punyai sesuatu, dia tidak dapat memberi". Jadinya, seorang daie haruslah kena ada 'benda' yang nak diberi, iaitu? Islam la kan apa lagi? Kita ini, kena rajin belajar dan kaji perihal Islam. At least, seorang kena ada kepakaran dia dalam bidang tertentu, tapi at the very base level, kena tahu juga semua benda.
ASAS kepada kefahaman yang halus ini ialah kita wajib faham matlamat hidup dan hakikat dunia ! You see, sebenarnya kita nak cari apa ye atas dunia ini? Percaya atau tidak, orang yang punyai ilmu yang banyak mana pun, kalau dia tidak faham matlamat hidup dan hakikat dunia, maka dia dikatakan tidak memiliki kefahaman yang 'halus' itu.
No point la dok?
Ada satu lagi pepatah arab, setiap orang itu dia infaq apa yang ada padanya.
Kalaulah ada padanya, kalau tak ada? Miaww.
----------
2) Al Imanul Amiq (iman yang mendalam)
Percaya dan yakin tahap tak boleh nak persoal lagi dah bahawa islam sahaja yang benar. Dan kita kena yakin berdasarkan hujjah yang clear, bukan hanya berdasarkan kepada apa yang kita dengar daripada orang lain, apa yang diinform ke kita sahaja. Kita kena ada inisiatif untuk cari dalil-dalil itu. Dan hujjah ini kita boleh cari through ayat-ayat quran dan juga kitab alam.
Contoh, kita tengok kisah Bilal. Abu Dzar. Banyak dok?
Dan salah satu cara nak kuatkan iman, ayuh mari kita berdampingan dengan orang soleh, a.k.a jangan ler tinggalkan usroh.Iyelah, iman kan perlu dibelai, dibaja selalu, disiram sentiasa.
----------
3) Hubungan yang erat dengan Allah (tak sure sangat dalam arab apa)
Manifestasi hubungan yang erat dengan Allah, salah satunya ialah kita berserah, bertawakal dalam semua urusan hanya kepada Allah ! Sebab apa? Tawakal ialah asas. Bilamana iman yang kita ada itu mantap dan utuh dan kukuh, kita akan yakin bahawa Allah yang datangkan kebaikan, datangkan bencana etc. Kita tidak mempersoalkan, kita tidak menyalahkan itu ini etc etc.
Keep calm and make du'a ja :)
Ok ?
Itu ja, short dan simple sahaja :)
Wallahualam.

2 mesej:
salam, apa maksud hakikat dunia?
Walaikumussalam cik anonymous,
Haa, harapnya dengan ayat ini dapat huraikan dengan lebih mendalam maksud hakikat dunia.
Cuba tengok 6:32, 57:20,29:64
Dan ada banyak lagi ayat quran yang se-maksud dengan ayat ini.
Point nya nak kata, dunia ini memang cubaan untuk orang-orang beriman. Dunia ini 'jambatan' ke akhirat nun. Dunia ini perhiasan yang penuh tipu daya.
Hmm faham ke point ni? InshaAllah yang paling penting kita kena clear apa TH (tujuan hidup), inshaAllah kita takkan 'ditipu' dunia.
Asiff kalau tidak menjawab soalan.
Wallahualam.
Post a Comment